Sunday, February 13, 2011

Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi

KUALA LUMPUR 12 Februari: Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

new economic policy nepKetika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orangMelayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.













Ahli Parlimen Bagan Pinang dan Pengerusi Felda, Isa Samad berkata semuanya akan berjalan lancar selagi Umno dan PAS bersatu untuk melindungi kepentingan dan hak Melayu, tidak perlunya wujud dua parti Melayu.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menyatakan kebimbangan pihak PAS dalam menangani kepentingan dan hak Melayu. Salah satu perkara yang dinyatakannya adalah kegagalan DEB mencapai objektifnya.


Ibrahim Ali menghentam para pelajar yang mendapat bantuan kewangan, tetapi apabila habis belajar dan bekerja, enggan membayar kembali pinjaman mereka.

-Malaysiakini

No comments:

Followers