Saturday, February 26, 2011

Selamat berjuang jentera PAS Perak di Dun Merlimau dan Kerdau

Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau, agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, bagi memenangi kedua-dua kerusi DUN Tersebut.


Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di kedua-dua DUN ini amat penting bagi memperjuangakan hak dan nasib rakyat di Melimau dan Kerdau.


Memetik ucapan beliau ” Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang di utara telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.


“Kini tiba pula giliran DUN Merlimau dan Kerdau untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.


Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan berlaku tidak lama lagi. “semoga momentum kemenangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat”, jelas beliau.


No comments:

Followers