Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat di Pejabat DAP Perak di Medan Istana, Ipoh telah dikunjungi oleh lebih 3000 orang sejak jam 10 pagi tadi.Khemah yang disediakan tidak dapat menampung kebanjiran orang ramai yang hadir untuk bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat dalam memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Turut hadir sama adalah Adun-adun daripada Pakatan Rakyat. Momentum sokongan rakyat kepada Pakatan terserlah dengan kehadiran pelbagai kaum didalam majlis hari ini. Ini juga merupakan suatu isyarat kepada Barisan Nasional dan Umno bahawa rakyat Perak khususnya kaum Cina masih kuat menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin memulakan ucapan beliau dengan bacaan ayat al-Quran dan diakhiri dengan ucapan selamat tahun baru Cina









1 comment:
kerusi pemimpin sama macam kerusi rakyat duduk...
tapi kadang2 ada gak yg Pas buat majlis kerusi nyer...maaf cakap... empuk terlampau dari rakyat yg duduk atas kerusi plastik je...mmmmm...
harap dapat diubah...walaupun kecil...
Post a Comment