Saturday, February 26, 2011

Mahathir menghalalkan perjuangan di Perhimpunan Perkasa

'Perjuangan kami adalah halal', kata Tun Mahathir dihadapan penyokong-penyokongnya di Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang diadakan di Pasir Salak hari ini.

Ini menurutnya adalah kerana kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa dengan kaum lain sehingga Malaysia menjadi makmur dan aman pada hari ini.

Dimasa yang sama, beliau turut mengaku bahawa kedudukan orang Melayu lebih buruk daripada kaum yang lain. Oleh yang demikian, Perkasa ingin menegaskan bahawa hak orang Melayu sebanyak 30 peratus (keistimewaan yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru-DEB) perlu dipertahankan dan diperjuangkan.

Baca selanjutnya di SINI

Para penyokong menunggu bermulanya perhimpunan.

Ajijoi ~ Perjuangan halal apa benda kalau dah perintah selama lebih 50 tahun tapi kedudukan orang Melayu lebih teruk dan buruk daripada kaum-kaum lain. Nak salahkan siapa? Kaum-kaum yang lain kerana mereka lebih maju dan kehadapan daripada orang Melayu?

DEB tu sebenarnya untuk memajukan orang Melayu ke ataupun orang-orang Umno? Yang paling sedihnya, masih ramai lagi orang Melayu yang tak sedar diri ditipu perjuangan 'halal' Mahathir dan Umno selama ini.

Dia kata apa tadi? Perjuangannya halal ke ataupun dia minta halal apa yang 'diperjuangkannya' selama ini?

Melayu Perkasa melaungkan 'Hidup Melayu'

No comments:

Followers