Sunday, February 13, 2011

Alfatihah Adun Kerdau: Pilihanraya kecil berjangkit ke Pahang


Negara kita kini mengalami wabak pilihanraya kecil yang menelan belanja jutaan ringgit dalam melaksanakannya. Projek-projek yang digelar sebagai 'mee segera' juga memburukkan lagi angka perbelanjaan kerajaan dalam meraih undi secara 'perkhidmatan kepada masyarakat' yang mana selama ini 'dipejamkan sebelah mata' oleh wakil rakyat tempat tersebut.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila beranggapan bahawa pembangunan dan 'durian runtuh' akan bertandang ketempat mereka seandainya wakil rakyat ditempat tersebut meninggal dunia. Perkara ini telah diperlihatkan secara jelas dengan tindakan kerajaan yang hanya akan bertindak dan bergiat aktif dalam memastikan segala keperluan dan kemahuan rakyat ditempat-tempat tersebut dipenuhi dengan segera hanya semata-mata ingin menunjukkan sikap 'baik dan prihatin' kerajaan terhadap rakyat. Rakyat didahulukan, kata Najib. Dan ada yang berjenaka bila menambah slogan tersebut dengan 'apabila wakil rakyat kita mati'.

Senario ini juga perlu diambil iktibar dengan mengira faktor usia dan kesihatan didalam memilih seseorang calon bagi pilihanraya. Tugasan sebagai wakil rakyat memerlukan komitmen yang begitu tinggi dalam kecerdasan minda dan juga kesihatan tubuh badan. Sudah tiba masanya apabila calon-calon muda dipertimbangkan secara serius didalam pemilihan calon-calon.

Pemimpin-pemimpin pelapis samada daripada pihak BN, PAS, PKR dan DAP perlu diberikan peluang seluas-luasnya untuk memimpin dan membawa negara ketahap yang lebih baik dan selari dengan peredaran zaman sekarang. Dunia digital memerlukan perubahan. Sampai bila negara kita hendak 'dibekukan' tanpa pemikiran dan kuasa pemuda dalam meneraju negara.

ADUN Kerdau meninggal dunia

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

azlanSejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

No comments:

Followers