Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?
Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.
Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.
Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.
Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?
Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!
Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.
Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!
Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!
EDYES @ edyesdotcom
1 comment:
Wahai Ajijoi,
Main saman-menyaman dimulakan oleh Anwar juga.
Oleh itu, wajarlah kalau Dato' Seri Rais Yatim menyaman blogger yang membuat fitnah.
Walaupun PAS kononnya parti Islam, tetapi gelagat mereka dalam PR (tak berdaftar) lebih banyak buruk daripada baiknya.
Pelik PAS membawa dan menyeret agama Islam untuk menghalalkan tindakan dan kerjasama dengan bukan Islam dan parti yang sudah koyak rabak.
Apalah hebatnya PAS yang sudah terlanjur dengan kejijikan moral PR (tak berdaftar) dengan imej yang memalukan.
MB Kelantan juga terpalit dengan lidah politik yang tidak berkesudahan dan kepimpinannya yang kini banyak dipersoalkan.
Sungguh memalukan dengan jolokan Serambi Mekah tetapi terdapat banyak maksiat judi, arak dan pelacuran di samping terdapat kekotoran di KB yang digelar Bandaraya Islam.
PAS sudah banyak buat onar dalam politiknya selama lebih 50 tahun.
Itupun pendokong PAS masih memuji2 partinya yang menyebabkannya tersungkur sebelum dapat masuk syurga.
Itulah idola Ajijoi yang kini banyak dipersoalkan oleh bukan sahaja di luar partinya tetapi di kalangan ahlinya yang kini berdiam diri tanda tidak setuju.
Sekian.
Post a Comment