Saturday, February 26, 2011

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.

Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Yob Ajijoi,

‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ yang disebarkan itu baik untuk kempen pilihanraya.

Kalau program itu baik bagi PR (tak berdaftar) kenapa perlu lapor polis.

Dan minta polis pula siasat kes ini di bawah Akta Hasutan.

Nampaknya PR (tak berdaftar) sudah takut dengan bayang2.

Jangan lupa kerajaan pusat yang dipilih oleh rakyat secara sah adalah sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan berkesan.

Itulah sebabnya kerajaan BN boleh menjawab secara berkesan apakah kebaikan dan keburukan program 100 hari pembangkang.

Itulah yang sangat ditakuti oleh mu wahai Yob Ajijoi.

Kejo Yob Kejo bukannya Yob kejo Yob.

Sekian.

Followers