Sunday, February 13, 2011

Setelah 40 tahun menunggu, Sekolah Tamil bakal dapat premis kerana PRK Merlimau

Sepertimana tradisi yang diamalkan kerajaan BN, sesuatu kawasan yang bakal menghadapi pilihanraya kecil akan menjadi tumpuan panas dan utama kerajaan dalam menangani malah memberikan apa sahaja yang dipinta oleh rakyat disitu...walaupun setelah berjanji lebih 40 tahun lamanya.

Diwaktu-waktu begini, bukan sahaja adun dan ahli parlimen, malahan Perdana Menteri dan Timbalannya juga akan berulang-alik kesini untuk memberikan 'perkhidmatan 1Malaysia' kepada 'rakyat yang didahulukan'.

Jika bukan kerana wakil rakyatnya meninggal dunia, mungkin pekan Merlimau hanyalah sebuah pekan biasa yang hilang daripada radar para pemimpin yang begitu sibuk menguruskan (baca: kuruskan) harta negara.

Penamaan calon di Dun Merlimau belum diadakan, tetapi pak menteri telah mula sibuk turun naik ke sana bagi kesejahteraan rakyat yang telah lama mereka 'terlupakan'.

Premis SRJK (T) Merlimau... 40 tahun menunggu
Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.

muhyiddin yasinNamun, kehadiran Menteri Pelajaran sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
di upacara pecah tanah projek tersebut esok, pun mungkin masih belum mencukupi untuk menyakinkan penduduk di situ.

Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.

Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.

"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya.
Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.

"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.

Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.

merlimau, melaka townSambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".

Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif".

-malaysiakini

3 comments:

Unknown said...

kebodohan melayu yang menguntungkan tamil

cucukerinci said...

kpd cikgu pencen: memang betul Melayu dah lama diperbodohkan oleh Melayu Umno....yg itu lebih tepat..

En Azman said...

3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

Followers