Sunday, February 6, 2011

Sekitar ceramah tanpa Mat Sabu

Kaunter semakan dan pendaftaran pengundi baru disediakan pihak penganjur

Kg Meranti Lapan, Changkat Larang menjadi tumpuan orang ramai pada malam semalam untuk mendengar ceramah daripada Mat Sabu. Beliau yang digandingkan dengan Dato Seri Nizar sudah pasti menarik perhatian peminat-peminat ceramah sekalian.

Sebaik selesai solat Isyak, suasana telah mula meriah dengan orang ramai yang berpusu-pusu ketempat ceramah. Pelbagai jualan juga mencuri tumpuan sebelum ceramah dimulakan.

Antara kaunter jualan yang menarik perhatian ramai

Unit Amal Gopeng yang bertugas memastikan lalulintas dan keselamatan orang ramai senantiasa terjaga

Menantikan ketibaan Mat Sabu

Majlis ceramah dimulakan

Saudara Radzi Zainon bertindak selaku pengacara

Ustazah Sabariah Alang Sapri (Ketua Dewan Muslimat PAS Perak) memulakan ceramahnya

Dato Seri Haji Nizar tidak dapat hadir kerana hal yang tidak dapat dielakkan

Ustaz Nor Azli Musa menyampaikan ceramah dengan penuh semangat

Kisah perjalanannya menyampaikan bantuan kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya di Gaza serta isu terbaru di Mesir menjadi pengisi kepada ceramah malam ini

Orang ramai yang memenuhi ruangan ceramah

Tuan Haji Mat Sabu tidak sempat sampai ke tempat ceramah kerana terperangkap didalam kesesakan lalulintas. Beliau yang terpaksa ke Butterworth terlebih dahulu untuk menziarahi ibunya yang sakit telah cuba sedaya upaya sejak jam 6.30 petang untuk ketempat ceramah seperti yang telah dijanjikan. Namun begitu, beliau hanya sempat menyampaikan ceramah sekitar 15 minit melalui panggilan telefon yang disambungkan kepada speaker untuk didengar oleh orang ramai.

No comments:

Followers