Tuesday, February 8, 2011

Sehari bersama DS Nizar: Pulau Kuala Sanggar, Kuala Sepetang


KUALA SEPETANG (7 Feb 2011): Dato Seri Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Bukit Gantang telah bersama-sama rombongannya mengadakan lawatan kerja ke Kuala Sanggar, Kuala Sepetang yang terletak didalam kawasan parlimen beliau.

Pulau kecil nelayan yang diduduki sepenuhnya oleh masyarakat daripada kaum Cina ini hanya boleh dihubungi melalui jalan laut dan memakan masa selama 40 minit untuk sampai dengan menaiki bot. Untuk lawatan hari ini, 2 buah bot digunakan untuk membawa Dato Seri Nizar, pegawai-pegawai Khidmat Masyarakat Bukit Gantang dan beberapa orang pengikut daripada PAS dan DAP.

Mari ikuti perjalanan mereka melawat penduduk di Pulau Kuala Sanggar.
Jaket keselamatan amat diperlukan untuk menaiki bot

Perjalanan bot pun bermula dengan cuaca yang baik hari ini

Datin Seri Fatimah Taat turut serta ditemani oleh Muslimat Bukit Gantang

Bot yang kedua meluncur bersama-sama

Tiba dijeti dan menaiki anak tangga


Sdr Law yang mewakili YB Tai Seng Eng (Adun Kuala Sepetang) membawa rombongan Dato Seri Nizar melawat keadaan disekitar Pulau Kuala Sanggar

Dato Seri Nizar bertemu ramah dengan penduduk disana


DS Nizar dibawa melawat keadaan penduduk yang tidak pernah mendapat bekalan elektrik mahupun air bersih untuk kegunaan penduduk pulau

Sepertimana biasa, DS Nizar begitu gemar melayan kanak-kanak

Disnilah tempatnya jenerator-jenerator yang menjadi sumber bekalan elektrik penduduk

Tangki-tangki digunakan bagi menadah air hujan sebagai kegunaan harian mereka

Bergambar dihadapan S.R.J.K. (C) Poay Chee yang mempunyai 29 orang murid dengan 7 orang guru

DS Nizar menyampaikan ucapan kepada penduduk disana

Penduduk datang beramai-ramai menyambut rombongan DS Nizar sambil meluahkan kesulitan dan masalah yang dihadapi disana

Berbincang mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan langkah-langkah yang perlu diambil

Seorang penduduk mengutarakan masalahnya sambil diambil keterangan lanjut oleh pegawai Khidmat Masyarakat Bukit Gantang

DS Nizar bersalaman dengan penduduk. Mereka amat berterima kasih dengan kunjungan serta kesudian DS Nizar mendengar masalah mereka hari ini

Sedikit sumbangan untuk bantuan diesel disampaikan kepada Ketua Kampung, En. Beh

DS Nizar serta rombongannya kemudian bertolak ke Pulau Pasir Hitam didalam Dun Trong untuk lawatan yang seterusnya.

foto-foto ehsan facebook Imran Ahmad Baihaqi http://www.facebook.com/profile.php?id=100000708504317

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...