Tuesday, June 29, 2010

Rizab Felda: ANAK cabar Ahmad Maslan debat terbuka

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.

-harakahdaily





Luahan rasa warga Felda kepada Suhakam pada Februari 2010 yang lalu:-



Sampai bila lagi warga Felda akan terus ditipu tanpa pembelaan?
Sejarah tercatat bahawa setakat ini tiada pimpinan Umno yang berani menyahut cabaran untuk berdebat. Keberanian mereka hanyalah setakat di hadapan kaca tv dan di dada-dada akhbar tanpa perlu menjawab soalan-soalan yang bakal membongkar kebenaran.

Melayu tidak daftar pemilih akibat cara Umno berpolitik

Pas berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, sebagai angka petunjuk kegagalan umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Pas berpendapat perkara ini terjadi kerana umno bn yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang dilanda dengan budaya ini memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno bn akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat melayu ini tidak memperdulikan apa yang umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok M dan L yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunai. Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi.

Pas berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar. Sejarah membuktikan orang melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan Islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheik al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik. Akhirnya orang melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah. Keadaan berlaku sebaliknya apabila umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul. Maka sekarang terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pas melihat gagalnya orang melayu mendaftar kerana umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi. Politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta tidak ada kesedaran politik. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama. Semua ini kesilapan umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa. Sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi.

Pas menyeru supaya ahli Pas yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi. Semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan. Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mandaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib. Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa umno bn tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS

Friday, June 25, 2010

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

sumber : blog Dr Maza

Isu pengganas dan Spekulasi Ulama’ sertai UMNO adalah mainan penghinaan UMNO terhadap Islam

KENYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Pemuda PAS menyokong kenyataan Tun Mahathir bahawa tiada cubaan di peringkat UMNO untuk menarik ulama’ demi menandingi PAS kerana jelas parti tersebut adalah parti yang anti islam dan maruah ulama’ selama ini.

Di sebalik kekalitan emosi umat islam antarabangsa bersimpati dengan gerakan NGO islam membantu gaza, UMNO pula kini ingin mengambil kesempatan menampilkan imej Islamiknya melalui pelbagai spekulasi dan kenyataan berkaitan ulamak. UMNO bukan parti yang memperkasakan institusi Ulama’ sebaliknya UMNO memiliki banyak projek mengembiri dan memandulkan ulama’.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .

Dewan Pemuda PAS Gopeng menolak keras kenyataan Tun mahathir yang menuduh para ulama’ pengasas PAS sebagai golongan oportunitis, kecewa serta hanya bertindak keluar UMNO kerana tiada habuan pangkat dan perlantikan sebagai calon. Kami menasihati Tun agar menamatkan tradisi pembohongan UMNO terhadap sejarah Malaysia.

Jika benar mereka kecewa , mereka sebenarnya kecewa kerana UMNO hanya memilih pemimpin yang pro sekular, mementingkan penerusan sistem jahiliyah British serta gila judi dan arak. Ini kekecewaan yang dituntut oleh Islam. PAS ditubuhkan rentetan daripada Penubuhan Persatuan Ulamak Se Malaya pada 1951 di mana pengerusi penajanya ustaz Hj Ahmad Fuad Hassan telah menggariskan matlamat persatuan ini untuk menyatukan ulamak demi membaiki sistem negara yang rosak.

UMNO tidak layak berbicara isu ulama’. Lihat sahaja selepas kehilangan Dr Burhanuddin Al Helmi di muka bumi, barulah beliau diiktiraf sebagai tokoh negara, sedangkan sepanjang hayatnya belau dituduh sebagai ajen komunis dan anti agama. Dr Burhanuddin walaupun memimpin PKMM yang beraliran nasionalis melayu, tetap menekankan unsur Islam dan kedaulatan islam malah menjadi pencetus kepada penubuhan Hizbul Muslimin. UMNO hanya mengiktiraf ulama’ untuk kepentingan politik mereka sebagaimana mereka ingin meraih simpati Dr Al Qaradhawi dan menunggang Ustaz Firdaus dan Dr Mashitah sebelum ini untuk pilihanraya.

Dewan Pemuda pAS Gopeng juga menyelar sikap talam dua muka UMNO yang sanggup mengapikan kempen menentang pengganas di kampus sehingga menekan kelompok jamaah islam kampus seluruh negara. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh negara akan dikambing hitamkan oleh UMNO. Di peringkat antarabangsa UMNO sibuk membantah tindakan Israel yang dikatakan zalim malah menolak kempen anti pengganas Amerika. Media perdana dan majalah-majalah pro UMNO di Malaysia juga menganggap kempen Islamofobia AS sebagai zalim terhadap umat islam.

Ironinya di dalam negara, mereka merestui kezaliman kempen AS dan israel malah ingin melaga-lagakan ulama’ dengan kempen pengganas. Usaha mengaitkan aliran wahabi sebagai aliran pengganas adalah suatu sikap simplistik dan dangkal.

Kebiadaban UMNO ini hanya menjauhkan kaum bukan Islam terhadp agama islam. Jelas UMNO adalah perosak nama dan masa depan agama di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Thursday, June 24, 2010

Umno/BN terlalu lama berkuasa menyebabkan hak rakyat semakin terabai

IPOH 23 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa UMNO/BN adalah sebuah pemerintah yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung, perkara ini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat.

Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar maka ianya akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesan. Apabila kerajaan UMNO/BN menggubal dan melaksanakan sebarang polisi maka ianya sudah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.

Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa sehingga menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak.

Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik.

Ianya bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih pasti akan lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan datang pasti akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.

Isu keselamatan negara, IPMM saran wujudkan Jawatankuasa di Parlimen

IPOH,22 JUN, Institut Pemikir Muda Malaysia memandang serius tentang isu keganasan yang sedang digembar-gemburkan kerajaan ketika ini.

Menurut Pengarah IPMM,Saudara Mohd Hafez Sabri, pihaknya menegaskan bahawa isu ini perlu diambil serius oleh semua pihak kerana melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara,siasatan terperinci mesti dilakukan bagi memastikan tiada individu yang tidak bersalah didakwa.

Menurut beliau lagi, pihaknya menolak proses penuduhan dan pendakwaan yang dibuat secara melulu iaitu tanpa penyelidikan yang sistematik apabila melibatkan penangkapan dibuat dengan menafikan elemen hak asasi yang diterima sejagat. Walaupun semua tindakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dengan penglibatan golongan pelajar namun beliau berpendirian satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan yang dapat melibatkan ahli parlimen pembangkang ,kerajaan serta wakil KPN untuk meneliti isu secara konsisten, tegas beliau.

Walaupun tidak menafikan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan sebagai langkah pencegahan dalam menangani isu keganasan dan terorrisme, perincian kepada makna keganasan dan militan ini harus dimaknakan kembali dengan tidak melihat secara umum hubungkait elemen Islam secara mutlak dengan keganasan antarabangsa.

Beliau menjelaskan lagi, IPMM berpendapat bahawa takrifan pengganas yang diistilahkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya tidak harus menjurus kepada umat Islam, dunia perlu bersikap adil terhadap umat Islam.

Beliau turut mempersoalkan secara kritis, ketiadaan tindakan kolektif dan kerjasama serantau mahupun di peringkat antarabangsa untuk menangani isu terrorisme. Sebelum ini dunia menuduh umat Islam sebagai terroris, kerana itu beliau menyarankan agar PBB dan OIC terlebih dahulu memulakan tindakan dengan membenteras kegiatan penjenayah dan terroris yang sebenar di muka dunia ini iaitu zionis israel.

Sejarah dunia menunjukkan asal usul keganasan semuanya bermula dari tindakan yahudi zionis yang menyebabkan seluruh masyarakat dunia menjadi marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka, tegas beliau.

Beliau turut meminta agar jaminan diberikan oleh kerajaan Malaysia supaya aktiviti dakwah yang sedang berjalan dengan baik di tanah air ini terus berkembang dan
tidak akan disekat oleh kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan yang lain menurut Pengarah Penyelidikan dan Strategik IPMM, Norazali Zainudin berkata, sekiranya isu ini serius dan di tahap kritikal, satu usul mesti dibawa oleh ahli parlimen kerana ia melibatkan kepntingan umum dan keselamatan negara. Perbahasan aktif daripada anggota ahli parlimen mesti diadakan untuk mencari penyelesaian konkrit.

Tambah beliau lagi, IPMM menggesa supaya OIC mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan langkah berkesan untuk berhadapan dengan isu kegansan antarabangsa terutamanya berkenaan tindakan keganasan tentera negara haram israel yang masih dikenakan terhadap Umat Islam Palestin.

"IPMM juga ingin menyeru agar semua rakyat serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk membersihkan imej umat Islam yang sengaja diberikan imej buruk oleh dunia barat kepada umat Islam selama ini," katanya.

Kini sudah tiba masanya dan sewajarnya dalam dunia yang moden, Perlu dibina pemahaman masrakat terhadap kehidupan beragama dan penyuburan aktiviti
intelektual dan ketamdunan yang tinggi, aspek kemanusiaan mesti diketengahkan kembali sebagai fokus utama di kalangan masyarakat negara ini. Umat Islam mempunyai tanggungjawab besar dan risalah besar untuk mengubah corak hidup manusia.

Dunia barat khususnya akan sentiasa prejudis terhadap kebangkitan Islam di era moden, hal ini kerana mereka tahu bahawa Islam sebagai agama sejagat yang berjaya dipersejagatkan dalam dunia yang telah menjadi suatu perkampungan global, dan hubungan antarabangsa bertindak atas landasan keadilan dan kemanusian yang dibina oleh Umat Islam.

Disamping itu golongan agamawan dan cendikiawan Islam wajib menggalas tanggungjwab
ini untuk memperkasakan imej umat Islam di mata dunia, jelas beliau.

Monday, June 21, 2010

Bila blogger rasa lebih pandai daripada Presiden

Bila saya terbaca artikel di Malaysiakini mengenai komen blogger terhadap ucapan Tuan Guru Presiden PAS tempohari, terasa malas nak komen sebab dah tahu dan kenal blogger mana yang dirujuk oleh artikel itu.

Tetapi apabila ianya melibatkan komen terhadap seorang Presiden parti Islam yang saya juga adalah ahlinya, saya turunkan sebuah artikel daripada Anak Sengat mengenai komen blogger tersebut untuk dikongsi dan difikirkan bersama.

Apa yang tak kene???? Nak bebas macam mana?


Aku terbaca cerita dalam Malaysia kini tentang tanggapan negatif Blogger terhadap pandangan dan nasihat Presiden PAS. Cuna aku agak tak marah sangat sebab yang tulis komen tu Mat Saman Kati yang tak makan saman. Aku serba sikit tahu pasal Mat Saman Kati sebab satu negeri dengan aku. Pernah beberapa kali bertembung.

Tak marah tu bukan kerana dia senegeri, tetapi aku tahu latar belakang dia yang dia sendiri tulis dalam blog dia beberapa bulan lalu. Seorang kembara yang mencari kebenaran. Kerap kali tersesat hingga menumpang di Gereja dan sebagainya. Bagi aku, dia seorang yang berfikiran bebas. Biasanya yang bebas ni kerap kali terbabas.

Cuma aku nak bagi tau bagi sesiapa yang TAK serupa dengan jalan hidup mat Saman kati ni je... Kita adalah manusia yang berpandukan disiplin sebagai orang beragama. Tak salah kita di tegur dan menegur. Rasulullah mengajar kita ... agama itu adalah nasihat. tetapi tentunya cara menegur berbeza kalau kita ada adab dan akhlak.

Berbalik kepada teguran dan Nasihat TG Presiden agar berhati hati mengambil sumber maklumat... ia adalah bimbingan Al Quran. Bukan suka suke je TG Presiden nasihat begitu. Dia bukan tak bagi ambik berita. Teguran itu bukan bersifat hipokrit.... ia adab dan pimpinan Syariat berlandaskan Al Quran!

Sekali lagi aku nak bagi tahu... tulisan ini bukan untuk Mat Saman Kati kerana jalan hidupnya penuh berliku dalam mencari kebebbasan. Beliau sangat inginkan kenbebasan... biarlah dia dengan faham kebebasan nya.... Bagi yang beragama dan bersyariat... erti bebas ada batas... kita hamba... ada pantang larang.... kita khalifah ada kemuliaan dan akhlak hidup bagi menjamin kemuliaan tersebut...

Cukuple nasihat TG Presiden itu dirujuk kepada Ayat Al Hasyr yang ke 10. Saya sangat yakin... itulah asas TG Presiden menasihatkan ahli gerakan Islam. Mat Saman bukan ahli gerakan Islam... dia bebas untuk berkata.... bebas untuk berfikir.... Nasihat TG Presiden untuk ahli gerakan Islam... untuk khalifah yang meneruskan tugas kerasulan..kita ada kemuliaan... kemuliaan itu wujud bila kita ada batas dan asas dalam bertindak dan berfikir...

Menerima semua perkara bukan sifat orang bijak... kita perlu menapis berita, nasihat dan teguran yang kita terima... saya yakin Mat Saman juga begitu...menapis dan meneliti semua berita yang sampai kepada kita... jika tidak orang akan kata kita BODOH atau GILE.....

Sebenarnye dalam membaca komentar Mat Saman Kati, kite tahu apa sebenarnya yang nak disampaikan.... di sinilah isi segala perkara....Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan. "Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa). "Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi. BACA SENDIRI

Usaha Mat Saman Kati dan gerombolannya adalah usaha tertinggal bas yang kian dipinggirkan. Dengan menjadikan alasan pas muktamar sebagai sandaran rapuh dia cuba mendirikan persepsi setinggi puncak KLCC.. tak pe lah... Mat saman ni dah lame berehat dari menulis.. barangkali masih mamai dari bangun tidur atau sekadar mahukan perhatian.... budak menangis sebenarnya mahu dibelai ibu....

Tulisan ini bukan untuk Mat Saman Kati.... hanya untuk ahli gerakan Islam yang tidak berfikiran bebas yang menyebabkan sangat mudah kite terbabas.... Panduan kite tetap Al Quran.... kita tetap tidak bebas... itulah intipati dan asas nasihat TG Presiden.... anda pilih pandangan Mat Saman Kati atau TG Presiden yang mengambil intipati Al Quran????

- anak sengat

Bebas tidak semestinya sebebas-bebasnya, perlu ada batasan yang menyempurnakan sifat seorang insan berbanding kebebasan sang haiwan yang tanpa akal dan iman sebagai panduan.

Nik Aziz: ‘Walaupun MB tapi saya hanya tumpang rumah orang’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berkongsi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Kelantan yang genap dua dekad tahun ini. - Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 20 Jun — “Tiada masa saya tidak susah, cuma suka (hari gembira) saya lebih daripada susah.” Demikian rumusan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas dua dekad kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan kepimpinannya sejak akhir 1990, Nik Aziz berkata, “susah senang memang hidup saya.”

“Hidup seorang pejuang mesti ada senang, ada susah... tiada masa saya susah, senang campur susah susah campur senang, saya boleh bertahan,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di Kota Baru baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS ini menambah, sebagai seorang Islam beliau yakin bahawa apa yang dibuatnya adalah betul.

“Allah akan bagi restu kepada saya, dunia akhirat, ini kelebihan Islam,” kata pemimpin berusia 79 tahun ini yang sejak dua tahun kebelakangan ini berhadapan siri kritikan termasuk berhubung isu pelantikan anak dan menantunya dalam jawatan agensi kerajaan negeri.

Mereka termasuk Nik Abduh dan menantu Ariffahmi Abdul Rahman.

Mengulas lanjut peringkat awal memimpin Kelantan, Nik Aziz berkata, beliau sudah tentu berhadapan dengan kesukaran jika memimpin tanpa ada pandungan dan pengalaman pemimpin lain sebelum itu.

“Tetapi oleh kerana sebelum saya datang, sudah ada pemimpin, pemimpin yang saya maksudkan ini ialah Nabi Muhammad... Nabi Muhammad adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah sendiri,” katanya.

“Kesusahan yang menimpa saya dalam memimpin ini, 101 (peratus sedikit) berbanding dengan Nabi Muhammad, terlalu sikit kerana segala usaha penentangan yang dibuat oleh manusia kepada Nabi, orang yang sama... oleh yang demikian, saya hanya tiru, tiru, tiru ajaran Nabi Muhammad.

“Perkara yang pertama Nabi Muhammad atasi ialah pemikiran manusia, bukannya jalan. Kalau Nabi Muhammad tak ada pun manusia akan buat jalan, saya pergi ke China tiga, empat kali, saya pergi ke London serupa sahaja.

“Sedangkan China komunis, dan Amerika ini demokrasi, orang ini berperang bukan... tapi dari segi jalan serupa sahaja, fizikal serupa, yang penting ialah pemikiran. Nabi Muhammad bawa Islam supaya manusia tumpu pada Allah,” katanya lagi.

Dalam temu bual yang turut diselitkan dengan misalan-misalan prinsip agama, Nik Aziz menambah, oleh yang demikian manusia tidak boleh pandai-pandai bertindak.

“Tak boleh pandai-pandai di atas bumi yang ditumpang ini. Macam saya, walaupun saya menteri besar, kalau saya pergi kampung saya tak boleh masuk dapur.

“Saya menteri besar pun saya menumpang rumah orang,” kata beliau. yang meluangkan setiap Jumaat untuk kuliah pagi di Dataran Ilmu, Kota Baru.

Menggambarkan lagi perjalanan kepimpinananya, Nik Aziz memberitahu, Melayu Umno menggunakan dendam dan kekerasan dalam menghadapi perjuangan PAS.

“Alhamdulillah... dulu dalam 50 tahun dulu, masa mula-mula PAS terima (ditubuhkan) dulu, Oh! bukan sahaja Umno-Melayu ini lawan saya, sampai tok guru agama pun ditangkap ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) oleh Umno, tok guru-tok guru banyak kena ISA kerana Umno tidak boleh jawab.

“Bila kita soal orang, bila dia tidak boleh jawab, dia (akan) guna kuasa, manusia akan guna kuasa selagi dia tidak boleh jawab... macam sekatan jalan, polis buat sekatan jalan, (dan tanya) ada lesen?

“Kalau boleh jawab kita jawab, (misalnya) baru sekejab tadi lesen jatuh dari poket saya, kita boleh jawab. Tapi bila lesen tak ada, pemandu ini guna kuasa dia melarikan diri atau dia merempuh polis.

“Bila dia merempuh polis, bila kita tak boleh hujah kita menggunakan kekuasaan, manusia begitu,” katanya sambil menambah, “begitu juga dengan PAS dan Umno.”

Nik Aziz mempertahankan partinya dengan berkata, PAS berada di jalan yang sebenar sejak ditubuhkan enam dekad lalu.

“Umno tak boleh jawab, maka dia guna ISA untuk mendiamkan, mematikan pemikiran rakyat sendiri,” kata Nik Aziz yang salah seorang anak lelakinya turut ditahan di bawah ISA ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini dendam yang dibuat oleh Melayu-Umno terhadap perjuangan PAS. Anak saya kena ditangkap ISA, tak tahu apa sebab, banyak (lagi) guru-guru agama,” kata Nik Aziz lagi.

Nik Adli ditahan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan dibebaskan lima tahun kemudian.

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Ketika ditanya adakah beliau sedih anaknya ditahan di bawah ISA, Nik Aziz memberitahu, “sedih itu sedihlah.”

“Tetapi saya dah tahu dari awal-awal lagi, lawan Umno ini bukan sebarangan orang, Umno ini ada kuasa,” katanya sekali lagi merujuk kepada pengalaman Nabi Muhammad yang terpaksa meninggalkan Mekah untuk ke Madinah “oleh kerana jahatnya bapa saudara.”

“Jadi saya tahu, bila saya lawan Umno saya tahu benda ini, sedih, sedih lah tapi kita ada Tuhan, kita berdoa,” katanya.

Nik Aziz seterusnya menjelaskan bahawa beliau berpegang pada prinsip semua orang akan mati satu hati nanti.

“Mu (kamu) akan mati aku (saya) akan mati, dia akan mati, mati dah banyak dah... ketua-ketua polis yang kacau itu dah mati habis dah.

“Sebab itu kata saya tadi, walaupun tugas saya berat untuk melawan Umno, tapi saya ada contoh untuk tiru sebelum saya datang iaitu Nabi Muhammad, ada senang ada susah,” kata beliau dengan menambah oleh kerana Umno dari awal-awal lagi sudah menolak Islam dengan menggunakan kebangsaan Melayu, maka tiada contoh kepimpinan untuk mereka jadikan sebagai teladan.

“Dia buat salah, tak erti dosa, sekarang alhamdulillah bukan sahaja Melayu Umno sokong PAS, malah Cina, India... dia sokong dengan adanya Kelab Penyokong PAS, bukan Kelab Penyokong Umno.

“Dia tahu PAS tidak ada apa-apa, tapi ada kebenaran, manusia boleh hidup dengan kebenaran, hati senang,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada gembira dengan pencapaian sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menambah:

“Alhamdulillah... saya walau bagaimanapun gembira. Pertama, saya berada di landasan yang betul, ini perkara pokok.”

“Soal orang hendak sokong, orang tidak mahu sokong, itu masalah orang. Saya gembira kerana saya berada di landasan yang betul iaitu Islam.

“Islam datang daripada Allah, bukan daripada Nabi Muhammad, bukan dari PAS tidak,” katanya.

Mengenai kritikan terhadap kepimpinannya, Nik Aziz berkata, isu yang paling banyak dilontarkan oleh Umno ialah tiadanya pembangunan.

“Tetapi sekarang ini dia sendiri boleh tengok pembangunan. Berbanding dengan 10 tahun dahulu sekarang pembangunan banyak (dapat dilihat di Kelantan). Susah Umno sekarang, susah Umno apabila melihat pembangunan di Kelantan dan di Kota Baru.

“Dulu dia kritik tiada pembangunan, sekarang ada pembangunan, baru-baru (kami) menandatangani perjanjian pembangunan Bandar Baru Tunjong,” kata Nik Aziz yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong.

Bandar yang meliputi kawasan seluas 800 hektar itu terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kota Baru dan mula diusahakan pada Februari 2006.

Beliau juga menjelaskan, isu pelantikan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

“Saya melantik menantu saya di depan penasihat undang-undang dalam mesyuarat penuh, depan setiausaha kerajaan negeri, dia tak kata apa-apa, dia senyap... dia tak kata apa-apa, diam.

“Dalam Islam diam itu tanda bersetuju... tak salah saya, dia diam, tiada bantahan. Sekarang saya minta dia keluar (berhenti),” katanya lagi.

-themalaysianinsider

Inilah pimpinan yang dihormati dan disegani semua. Insan teladan buat semua di bumi Malaysia.

Sunday, June 20, 2010

Politik di sekolah

Cuti sekolah selama dua minggu kini sampai ke penghujungnya. Pelajar-pelajar serta para guru akan kembali ke sekolah mulai esok setelah puas bercuti (sama ada cuma di rumah mahupun bersama keluarga melancong dalam dan juga luar negeri) untuk tempoh tersebut.

Bermulanya musim persekolahan yang baru ini membawa pelbagai reaksi. Ada yang suka dan ada juga yang berduka. Yang suka tentulah para pelajar yang ingin bertemu dengan rakan-rakan setelah terpisah selama dua minggu.

Yang berduka pula adalah guru-guru yang mendapat surat pertukaran tempat bertugas sebaik cuti bermula. Dan lebih mendukacitakan apabila sebab ditukarkan adalah kerana pertuduhan yang dilakukan secara rambang tanpa bukti dan atas desakan dan tekanan daripada kuasa politik yang sudah hilang punca untuk melawan.

Para guru yang saya maksudkan itu adalah mereka-mereka yang 'dicop' sebagai blogger yang memihak kepada parti pembangkang (selain umno). Walaupun dinafikan blog-blog tersebut milik dan buatan mereka, tetapi oleh kerana wajah-wajah mereka terpampang di dalam blog-blog yang 'dicop' sebagai blog pembangkang, tindakan tetap diambil.

Punca utama daripada tindakan yang diambil terhadap para guru itu adalah apabila ada ahli politik (umno) yang sudah tidak berupaya untuk menangkis bukti-bukti kebejatan mereka yang dibongkar oleh blog-blog tersebut.

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang dilihat sebagai 'berpihak' kepada ahli politik tersebut digunapakai untuk ahli politik tersebut 'melawan' musuh-musuhnya dengan cara yang mereka anggap sebagai 'mulia'. Para guru tersebut dijadikan mangsa demi mengekalkan kuasa.

Tetapi mereka gagal untuk melihat disebalik tindakan yang mereka lakukan itu iaitu mangsa yang turut terlibat sama di dalam episod ini adalah para pelajar yang telah menerima didikan daripada guru tersebut selama setengah tahun ini pasti sedikit sebanyak akan terganggu pelajaran mereka yang berbaki untuk tahun ini.

Benarkah sekolah adalah tempat larangan untuk berpolitik?

Jika benar, mengapa PPD Hilir Perak mengadakan jamuan makan malam bersama Umno di sekolah bulan Mei yang lalu?

Dan bagaimana pula Umno bahagian Ipoh Timor dapat mengadakan Program Juara Rakyat mereka di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari, Ipoh pada 27 Mac yang lalu?

Sama ada PPD sengaja menutupkan mata dan memekakkan telinga mereka terhadap perkara-perkara di atas ataupun mereka turut terlibat bersama?

Yang terbaru adalah Program Mesra Rakyat anjuran Umno Gopeng yang dijalankan di Padang Sek. Keb. Pengkalan Baru di Gopeng pada hari ini, 20 Jun 2010. {gambar kanan}

Mengapa PPD membiarkan sahaja Umno mempergunakan sekolah, guru-guru termasuklah pelajar-pelajar semata-mata hanya untuk membuktikan kepada pimpinan Umno bahawa Umno masih wujud di kawasan tersebut.

Bukankah sekolah-sekolah berada di bawah pentadbiran PPD dan PPD bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sekolah-sekolah, guru serta pelajarnya bebas daripada 'gangguan' politik perkauman demi kesejahteraan perjalanan sebenar fungsi sekolah iaitu untuk membawa pendidikan kepada masyarakat sehingga ke tahap sepertimana yang disasarkan.

Buktikan guru-guru yang diambil tindakan tersebut berpolitik di sekolah sama ada waktu pembelajaran mahupun semasa menjalankan tugasan mereka. Juga buktikan kerja mereka mengalami kemerosotan akibat daripada politik mereka menerusi 'blog-blog' khayalan yang PPD palitkan kepada mereka.

Tanpa bukti yang jelas dan nyata, penganiayaan PPD terhadap para guru tersebut adalah satu jenayah yang bukan sahaja terhadap guru yang terlibat serta para pelajar mereka malah seluruh institusi pendidikan itu sendiri.

Siapa yang berpolitik sekarang?

Guru ataupun PPD sendiri?

Sedia peruntukan beli buku agama - TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di neger ini agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.

“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan.

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperolehi menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

-harakahdaily

Satu nasihat terpuji daripada Tok Guru agar membudayakan sifat membaca dikalangan keluarga kita.

Alhamdulillah, saya telahpun laksanakan amalan 'perpustakaan mini' di rumah sejak dulu lagi. Anda bagaimana?

Saturday, June 19, 2010

UMNO DAN JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT : PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa dangkal dan sekularnya pemikiran pemimpin umno. Apakah pemimpin umno tidak tahu bahawa mana-mana bentuk ‘pertaruhan’ adalah sebahagian daripada judi yang diharamkan secara qat’ei oleh Qur’an? Soal Beliau.

Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin umno agar kembali merujuk Al Quran Karim, Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi – ‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. ( Al Maidah 90 )

Beliau mempersoalkan pemmpin umno adakah ketika berdepan dengan dalil-dalil Al Quran pemimpin umno boelh membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian ‘tidak berlesen’ “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!

Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari pemimpin-pemimpin umno yang sengaja mahu membawa rakyat Malaysia kearah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan umno memperkenalkan lesen judi sukan dalam Negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang dari ajaran islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik di kalangan rakyat Malaysia kini.

Tuesday, June 15, 2010

Setelah Adun Malim Nawar, ada 2 lagi?


Suasana politik Perak kembali hangat apabila secara tiba-tiba dan tanpa diduga, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dikala heboh PKR mengatakan bahawa terdapat 3 Adun Umno BN yang akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Tamparan yang amat hebat kepada Pakatan Rakyat Perak akibat dakwaan tersebut apabila perkara yang sebaliknya yang berlaku.

Tidak dapat dinafikan apabila beberapa Adun Pakatan Rakyat yang dikenal pasti sebagai sasaran dan buruan broker-broker Umno BN dengan tawaran-tawaran yang menggiurkan sejak mereka mula memenangi kerusi wakil rakyat tersebut.

Terdapat juga yang diketahui mempunyai masalah kewangan yang teruk sehinggakan tawaran-tawaran yang datang akhirnya tidak dapat ditolak lagi walaupun terpaksa mengkhianati para pengundi.

Apakah akan ada lagi yang keluar parti (melompat) setelah Keshvinder Singh? Mengikut maklumat yang diterima, ada. Dua orang lagi, katanya. (Mungkin untuk menjadikan 3 orang sepertimana yang dihebohkan oleh PKR tempohari).

Siapakah pula kali ini? Saya bukanlah Ketua Penerangan PKR yang akan mengumumkan sesuatu yang belum berlaku, kita tunggu dan lihat.

Cuma yang boleh saya katakan disini, konsep 1Malaysia akan digunakan di dalam perkara ini. Mereka ingin menarik semua kaum untuk melompat kepada mereka.

Kaum manakah yang masih berbaki?

Beli wakil rakyat dah macam beli hamba abdi zaman dulu-dulu. Tengok-tengok, pilih-pilih, tawar-menawar, beli.

Lebih kurang macam dalam filem P.Ramlee, Ali Baba yang di bawah ini:-

Zulkifly Ibrahim PKR pula yang melompat

Satu sidang media yang diadakan oleh Zulkifly Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Perak di sebuah hotel Ahad lalu yang mendakwa terdapat 3 Adun BN daripada Umno yang akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat ternyata membawa padah apabila Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh daripada DAP pula yang mengisytiharkan keluar daripada parti DAP hari ini.

Zulkifly yang merupakan seorang Ketua Penerangan PKR Perak telah tersilap langkah apabila mengumumkan sesuatu yang belum berada di dalam genggamannya. Beliau bagaikan seorang ketua penerangan yang berada di dalam kegelapan apabila bertindak melulu sebegitu.

Lebih mendukacitakan apabila kedua-dua rakan di dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PAS dan DAP dikatakan tidak diberitahu terlebih dahulu serta berbincang mengenai hal tersebut.

PKR Perak bagaikan tidak belajar daripada apa yang dilakukan oleh Nasharudin, Adun Bota setahun yang lalu.

Nasa yang kononnya melompat daripada Umno untuk berjuang bersama-sama dengan PKR akhirnya kembali kepangkuan Umno dengan membawa pulang bersamanya 3 Adun Pakatan Rakyat lalu menumbangkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Perak.

Perkara yang sama bagaikan berulang apabila dikatakan 3 orang Adun Umno ingin melompat kepada Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya Adun DAP yang keluar parti.

Mungkin ada lagi yang akan menyusul tindakan Adun Malim Nawar itu dan kini Zulkifly Ibrahim benar-benar 'melompat' kerana telah tersilap langkah dalam berpolitik disaat suasana politik Perak masih panas dan tiada penyelesaiannya.

Tak habis-habis pimpinan PKR dipermainkan oleh Umno. Sampai bila nak matang dalam berpolitik?

Masihkah Adun Malim Nawar bernilai RM20juta?

Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh hari ini mengisytiharkan untuk keluar daripada DAP untuk bergerak sebagai Adun Bebas.

Kenyataannya bahawa beliau kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat adalah terlalu mengikut skrip pihak tertentu apabila semua orang tahu tahap kerja adun-adun di dalam Pakatan Rakyat Perak berbanding dengan wakil-wakil rakyat BN itu sendiri.

Tambahan pula secara tiba-tiba beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan juga timbul apabila beliau mengumumkan tindakannya untuk keluar daripada DAP di sebuah hotel di Subang, bukannya di negeri Perak sendiri.

Jika dahulunya, Keshvinder Singh pernah membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa beliau telah ditawarkan oleh pihak tertentu untuk berpaling menjadi wakil rakyat BN dengan tawaran RM 20juta, apakah dengan keputusannya untuk keluar daripada DAP hari ini kerana tawaran yang sama?

Masihkah beliau bernilai RM 20juta kepada BN di saat heboh diperkatakan bahawa Umno Perak bergolak sakan dan 3 Adunnya bakal melompat kepelukan PKR?

Keputusannya hari ini sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian penggemar politik daripada memperkatakan mengenai Adun Umno Perak yang kian gelisah dan memendam rasa di bawah pemerintahan Zambry.

Sekurang-kurangnya, pergolakan Umno Perak dapat dikendurkan daripada perhatian ramai buat masa ini dan tumpuan kini beralih terhadap reaksi DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Perak dalam menangani 'tamparan' terbaru akibat dakwaan PKR terhadap Umno baru-baru ini.

Jika tidak sampai RM20juta sekalipun, mungkin 1/4 daripadanya kini dalam dakapan Keshvinder Singh.

Melihatkan reaksi beliau semasa pengumuman keluar parti DAP tadi, tekanan yang dikenakan ke atas beliau amat berat sekali.

Mungkin ditelan mati emak, diluah mati bapak. Dikulum.....

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Al Fadhil Ustaz Hassan Shukri

TAKZIAH... Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (empat, kiri) bersama kepimpinan tertinggi PAS menunaikan solat jenazah bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri yang diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini.

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Al Fadhil Ustaz Hassan Shukri ( Mantan Timbalan Presiden PAS Pusat) diatas pemergiannya kerahmatullah.

Sesungguhnya bagi PAS Perak pemergian Al Marhum adalah satu kehilangan besar buat PAS . Beliau merupakan individu yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam semenjak dari usia mudanya lagi.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Dewan Himpunan Penyokong PAS, buktikan Islam membawa keadilan untuk semua

IPOH, 14 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi.

Menurut beliau, hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang di bawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan.

Beliau juga menyatakan dengan terbentuknya Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai salah satu sayap penting perjuangan PAS, perkara ini menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia, hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas
bahawa Islam yang yang diperjuangkan PAS adalah satu perjuangan yang mulia ,bersih, adil lagi berakhlak.

Beliau menambah lagi, PAS kini sudah bersedia bagi menggantikan UMNO sebagai parti melayu yang meninggalkan ajaran Islam, bagi beliau UMNO masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya samada dalam bidang, social, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Justeru itu, PAS kini dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah Negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang melayu dan bukan melayu dalam agenda perjuangan mereka jelas beliau.

Beliau juga yakin bahawa PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang keadilan yang telah ditawarkan Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat kerahmatan dari ALLAH SWT.

Adun DAP keluar parti isytihar Bebas

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, sebentar tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

Satu lagi lawak jenaka di Perak apabila 3 Adun Umno dihebohkan oleh PKR akan keluar parti tetapi Adun DAP pula yang isytihar keluar partinya untuk bebas.

Keshvinder akhirnya tewas juga setelah sekian lama begitu teruk diasak oleh pakciknya yang juga orang kuat BN Perak.

PAS kehilangan seorang lagi permata yang berharga



Kehilangan yang perlu diganti dengan lebih ramai lagi yang menjejaki perjuangan Almarhum Ust Hassan Shukri ini.

Video Jenazah Ust Hassan Shukri selamat dikebumikan





Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Al-Fatihah

Almarhum Hassan Shukri selamat dikebumikan

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.

Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Hassan meninggalkan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Sayang tidak dapat turut serta memberikan penghormatan terakhir pada hari pengkebumian jenazah Almarhum Hassan Shukri.

Sedih dan sebak melihatkan gambar Tok Guru Nik Aziz yang mengalirkan airmata apabila jenazah Almarhum Hassan Shukri disemadikan.

Gugurnya seorang lagi pejuang Islam tanahair


"Pulangnya pejuang Islam, yang mengalir darah 'kulaan' ketika hayatnya, bertemu PenciptaNya hari ini. Beliau dikenang sebagai Pejuang Terbilang. Menyorot sejarah lalu, 13 MEI memberi cerita. Dan dibawah diturunkan kisahnya..
Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.
Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. "Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.
_
Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.
_
"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.
(sumber - harakahdaily)

[II]
Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Pemergian Ust Hassan Shukeri merupakan satu kehilangan besar kepada parti PAS dan perjuangan Islam khususnya.

Semoga kata-kata hikmah Allahyarham yang ditinggalkan seperti di atas memberikan suntikan semangat untuk para pejuang Islam abad ini meneruskan perjuangan yang telah dibina laluannya oleh Allahyarham dan para Murabbi yang seangkatan dengannya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan para pejuang agama Allah.

Followers