Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.
Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.
Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.
Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.
Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.
"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.
Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.
Hassan meninggalkan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.Sayang tidak dapat turut serta memberikan penghormatan terakhir pada hari pengkebumian jenazah Almarhum Hassan Shukri.
Sedih dan sebak melihatkan gambar Tok Guru Nik Aziz yang mengalirkan airmata apabila jenazah Almarhum Hassan Shukri disemadikan.
No comments:
Post a Comment