Sunday, June 6, 2010

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Stesen bas Kg Gajah

KG GAJAH 5 JUN: Stesen bas Kg Gajah menjadi lokasi seterusnya untuk rombongan xpdc bertemu dengan rakyat di sana.

Waktu menunjukkan jam 12.50 tengahari dan kelihatan ramai orang berada di stesen bas tersebut.

Di sini, nasi bungkus juga disediakan sebagai hidangan makan tengahari rombongan xpdc. Tiada hidangan mahupun buffet sepertimana biasa. Tetapi bagi peserta daripada bas rombongan kami, rata-ratanya telah pun kenyang dengan hidangan di majlis perkahwinan tadi. Manakala peserta-peserta daripada bas rombongan yang satu lagi, inilah masanya untuk mereka menikmati jamuan tengahari mereka.



Tuan Guru Haji Abu Bakar diminta untuk berucap sesuatu
kepada warga Kg Gajah.


Sedia berkhidmat. Kancil yang berada di kawasan gajah.

Pemandu kancil tersebut adalah OCPD yang kelihatan tidak tentu arah. Sekejap berdiri, sekejap duduk di dalam kereta, sekejap memanggil penganjur sambil mengatakan sesuatu.
Bekalan elektrik daripada deretan kedai yang berhampiran yang merupakan sumber elektrik untuk pembesar suara telahpun terpotong. Disengajakan ataupun tidak, Wallahu'alam.
Namun begitu, ucapan tetap juga berlangsung dengan bekalan bateri kereta. Begitulah janji Allah kepada para pejuang agamanya sepertimana ayat yang diajarkan Apco kepada Najib, "U help me, I help U".

Mungkin itulah yang memeningkan kepalanya sehingga tanpa sedar menyedut rokok tanpa api sambil berdiri ditengah panas. Dikepalanya mungkin ligat berputar, "apa aku nak jawab dengan penyewa khidmat yahudi tu nanti".

Ustaz Misbahul Munir juga turut hadir. Tunggu bas nak balik
kampung ke ustaz?

YB Idham Lim menikmati hidangan
tengahari beliau

"Kami makan lagi sedap tadi, lauk pengantin", usik Tuan
Guru Haji Abu Bakar kepada YB Idham Lim

Dato Ngeh Koo Ham turut berucap




Ucapan daripada Dato Seri Haji Nizar pula

Berapi-api ucapannya mengenai lesen judi

Terlupa nak ambil gambar ocpd tadi, mungkin rokok
yang terlekat dicelah bibirnya telah ternyala dengan
sendirinya akibat ucapan Dato Seri Nizar ini

Bersalaman dengan pemimpin yang dikagumi








Kami bertolak dari sini pada jam 1.15 petang.

Minta maaf kepada mana-mana individu yang terkena usikan nakal blogger ini.

Suasana yang panas apabila dipanaskan lagi, mungkin boleh bertukar menjadi sejuk pula.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...