IPOH 23 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa UMNO/BN adalah sebuah pemerintah yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung, perkara ini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat.
Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar maka ianya akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesan. Apabila kerajaan UMNO/BN menggubal dan melaksanakan sebarang polisi maka ianya sudah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.
Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa sehingga menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.
Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak.
Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik.
Ianya bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.
Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih pasti akan lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.
Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan datang pasti akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.
Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.
1 comment:
Wahai Ajijoi,
Masya Allah ustaz Bakar.
Sejak bila kerajaan pusat yang diterajui oleh kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat melalui undi majoriti, mengabaikan rakyat selama ini.
Adakah tembolok ustaz tidak ada makanan untuk dijamah? Adakah Ajijoi kebuluran?
Atau puak pembangkang tak makan langsung hanya kerana tak dapat memerintah.
Memang mabuk kuasa dengan menggunakan cara propaganda yahudi di dalam pelbagai media.
Tidakkah cara yang diamalkan oleh PAS ini satu cubaan merebut kuasa seperti yang berlaku dalam sejarah lampau.
Tuduhan mengatakan UMNO dan BN tidak menghormati undang2 hingga perlu disingkir dari pemerintahan adalah tuduhan ustaz yang tak pandai pasal undang2.
Pelik sekali PAS yang memerintah Kelantan dianggap sungguh bersih tapi tak sedar rakyat Kelantan terabai.
Tengok sendiri pasal kes tidur di reban ayam di kawasan Tok Nik kita. Itu sudah 20 tahun memerintah. Malah langsung tiada apa tindakan oleh Tok nik itu.
Peringatkanlah wahai Ajijoi mungkin Tok Nik kita tu pelupa.
Agaknya ustaz kita ni kata kuasa kerajaan pusat ini ada kuasa jin dan syaitan sehingga jadi autokratik.
Apalah ustaz politik kita ini.
Ada saja PAS ini asyik tak puas hati pada orang lain.
Mereka tak sedar diri yang mereka sedang membuat propaganda politik ala Yahudi, mabuk kuasa, merebut kuasa dan akibat terlalu teringin untuk memerintah datang pula si Karpal tunjuk penumbuk kepada PAS.
Terbangun Nik Aziz untuk menahan tumbukan Karpal di samping mempertahankan negara Islam PAS yang telah lama tidur di muktamar PAS.
Malangnya, propaganda negara Islam PAS tidak dimasukkan dalam blog ini.
Jadi tertipulah rakyat yang berada di luar sana.
Sekian.
Post a Comment