Tuesday, June 15, 2010

Setelah Adun Malim Nawar, ada 2 lagi?


Suasana politik Perak kembali hangat apabila secara tiba-tiba dan tanpa diduga, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dikala heboh PKR mengatakan bahawa terdapat 3 Adun Umno BN yang akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Tamparan yang amat hebat kepada Pakatan Rakyat Perak akibat dakwaan tersebut apabila perkara yang sebaliknya yang berlaku.

Tidak dapat dinafikan apabila beberapa Adun Pakatan Rakyat yang dikenal pasti sebagai sasaran dan buruan broker-broker Umno BN dengan tawaran-tawaran yang menggiurkan sejak mereka mula memenangi kerusi wakil rakyat tersebut.

Terdapat juga yang diketahui mempunyai masalah kewangan yang teruk sehinggakan tawaran-tawaran yang datang akhirnya tidak dapat ditolak lagi walaupun terpaksa mengkhianati para pengundi.

Apakah akan ada lagi yang keluar parti (melompat) setelah Keshvinder Singh? Mengikut maklumat yang diterima, ada. Dua orang lagi, katanya. (Mungkin untuk menjadikan 3 orang sepertimana yang dihebohkan oleh PKR tempohari).

Siapakah pula kali ini? Saya bukanlah Ketua Penerangan PKR yang akan mengumumkan sesuatu yang belum berlaku, kita tunggu dan lihat.

Cuma yang boleh saya katakan disini, konsep 1Malaysia akan digunakan di dalam perkara ini. Mereka ingin menarik semua kaum untuk melompat kepada mereka.

Kaum manakah yang masih berbaki?

Beli wakil rakyat dah macam beli hamba abdi zaman dulu-dulu. Tengok-tengok, pilih-pilih, tawar-menawar, beli.

Lebih kurang macam dalam filem P.Ramlee, Ali Baba yang di bawah ini:-

6 comments:

Anonymous said...

diharap lebih ramai adun pr/mp sedar diri,dan keluar dari pati pembangkang yang tiada kualiti ,dan asik berpolitik 24 jam,tak buat kerja.

Unknown said...

Bukan 2, mungkin semua ADUN PKR dan DAP akan keluar PR.

Yang tinggal PAS, peneraju utama PR.

adf55650 said...

Inilah namanya PEMBERSIHAN DAN PEMUTIHAN PR. Sampai dah tak ada orang lagi dalam PR baru PR itu Bersih dan Putih.
Tak perlu lah dibuat macam2 andaian dan tohmahan. Mereka keluar kerana mereka nak keluar.
Bukan salah mana2 pihak luar. Musabahah lah wahai PR.

Anonymous said...

salam,

saya dah list blog ni dalam blog saya, http://warta365.blogspot.com

diminta jasa baik tuan listkan blog http://warta365.blogspot.com dalam blog tuan

semua dijemput lepak di warta365.blogspot.com

terima kasih.
cr

Anonymous said...

Kita pohon kepada Allah semoga Allah memberi menguatkan pedirian yang kuat. Jika nak lompat juga dipersilakan. Tidak ada seorang rakyat pun yang suka tu.benci dan meluat lagi ade la. Lagipun PRU13 nanti kaki lompat ni dah dapat dikesan kejahatannya dan akan dipinggirkan. Kerja kita tetap diteruskan

Anonymous said...

salam,
1.Bila musibah melanda kita 2 perkara kita sepatutnya lakukan mengikut ajaran ISLAM:
a)terima sebagai ketetapan ALLAH
b)bermuhasabah dan mencari kelamahan diri

2.Malangnya pihak yg kononnya mendokong ISLAM dan ISLAMISASI tidak mendokong prinsip tersebut....

3.Rakyat semakin cerdik menilai dan memahami denyut nadi PR...tahinah kerana melondehkan seluar sendiri...

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

Followers