Tuesday, June 29, 2010

Rizab Felda: ANAK cabar Ahmad Maslan debat terbuka

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.

-harakahdaily





Luahan rasa warga Felda kepada Suhakam pada Februari 2010 yang lalu:-



Sampai bila lagi warga Felda akan terus ditipu tanpa pembelaan?
Sejarah tercatat bahawa setakat ini tiada pimpinan Umno yang berani menyahut cabaran untuk berdebat. Keberanian mereka hanyalah setakat di hadapan kaca tv dan di dada-dada akhbar tanpa perlu menjawab soalan-soalan yang bakal membongkar kebenaran.

6 comments:

Anonymous said...

tak payah debat la.tunggu saman la,lepas tu kalau dah umno buat tak betul,buka la jngan kata saja tapi tak ada bukti,ni nak debat buat habis bores aja.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

W

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Buat apa berdebat pasal FELDA hanya semata2 melayan kerana ANAK nak lawan BAPAK.

Siapa PAS, Ajijoi dan Mazlan Aliman sebab mereka bukan wakil yang sah untuk bertanya tentang FELDA.

Cuba tanya mereka pasal FELDA. Habis tinggi pengetahuan mereka tentang FELDA ialah kemerosotan wang tunai FELDA.

Kalau tanya mereka pasal keseluruhan aset tetap dan aset semasa FELDA sudah tentu mereka jawab aku tak minat pasal itu sebab ada peningkatan iaitu RM6.2 b pada tahun 2004 menjadi RM15.37b pada tahun 2009.

Puak PAS ini sentiasa ragu tentang kejayaan BN termasuklah FELDA. Biarlah mereka sentiasa dalam keraguan.

Suruh mereka bawa seribu dokumen yang dikatakan meragukan kepada SPRM.

Buatlah sejuta laporan polis kerana keraguan mereka.

Mereka tak berminat dengan FELDA jika dikaitkan dengan BN

Warga FELDA akan tahu bahawa hanya segelintir warga FELDA akan tertipu dengan ANAK yang lawan BAPAK.

Siapalah ANAK yang lawan BAPAK kecuali DERHAKA yang tidak akan mencium bau memerintah negara.

Oleh itu, biarlah Ajijoi, PAS dan ANAK sentiasa dalam keraguan bahawa mereka juga mendapat nikmat dari pemerintahan BN.

Ragu2lah anda supaya tetap dalam keraguan.

Sekian.

Anonymous said...

Baca yang nih...

Mazlan Aliman dilahirkan pada 17 Julai 1966 di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai dan melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Kota Baharu Kelantan. Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UTM dan Universiti Terbuka Malaysia.

Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timb. Pengerusi Hal Ehwal Pertanian PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Penglibatan beliau dalam NGO :

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ahli Persatuan Cina Muslim Kebangsaan (Macma)


(Kata Waris Pahang :
1. Gambar di atas adalah Mazlan Aliman Presiden ANAK yang mulanya buat kacau di Pahang tetapi kini gerakannya sudah buat buat kacau seluruh negara.
2. Beliau bukan anak pahang jati tetapi ada hati mahu jadi YB di negeri Pahang. Mungkin dia anggap orang Pahang bodoh sangat sehingga boleh ditipu dan dikelentong hidup-hidup. Pada PRU ke 12 beliau bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bera.
3. Barangkali Presiden ANAK ini tidak nampak jalan untuk jadi YB di negeri sendiri maka melompatlah dia ke negeri Pahang.
4. Suatu ketika dulu, akibat Mazlan Aliman (diri sendiri) punya angkara, maka beliau mendapat "hadiah istimewa" bermalam di lokap polis IPD Raub. Kini akhbar suara keadilan pula disiasat kerana memaparkan berita fitnah "Felda Bangkrap".
5. Kini peneroka Felda dan Gen 2 di Negeri Pahang bangkit membantah tindakan pengacau Pahang ini. Terima Kasih di atas keberanian tuan/puan mengadakan demontrasi membantah tindakan pengacau Felda dan Pahang. Jangan kita mudah tertipu dengan janji manis pengacau ini).

Anti PAS Haprak

Steven said...

Jom sama-sama bersatu dengan semua blogger-blogger pakatan di bawah 1 bumbung, 1 perjuangan, hala tuju menetang kezaliman UMNO-BN dan kroni-kroni mereka. Kita juangkan keadilan bersama-sama. Join kami di www.tawanmalaysia.com

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Terima kasih Anonymous di atas maklumat mengenai Mazlan.

Saya ingin bercerita tentang KOHILAL.

Ajijoi dan Mazlan buat2 lupa tentang isu KOHILAL yang lebih serius tapi mereka mengada2kan isu FELDA.

Kata Hadi, PAS tak terlibat dengan isu KOHILAL. Mudahnya alasan ini.

Kata Mohd Amar, tersilap pengiraan pelaburan. Amboi senangnya.

Kata Mazlan, kerajaan cuba sembunyi dan sorok pasal FELDA. Wahai Mazlan, di mana nak disorok isu KOHILAL?

Kita ajak berdialog, dia sibuk2 nak berdebat.

Kalau begitu marilah debat pasal KOHILAL.

Hadi sendiri cuba sorok pasal KOHILAL sedangkan semua tahu siapa jadi ahli lembaga pengarahnya kalau bukan ahli PAS.

Ajijoi dan Mazlan tahukah betapa seriusnya penyakit KOHILAL?

RM8.9 juta dilaburkan dalam projek burung unta, RM8.9juta beli saham MAS (MAS 'haram' sebab jual arak) dan RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB termasuk UMMAH Asset Management yang disiasat SC, RM25.2 juta dilaburkan di Indonesia dan Perdana Teknologi Ventures.

Bagi Tok Mohd Amar, ini bukannya salah pengurusan. Isu KOHILAL nak disorok di bawah karpet.


Apakah ini bukannya penyelewengan dalam KOHILAL? Maklumat di atas belum lagi menyentuh hal lain.

KOHILAL terlibat juga beli saham haram sebab MAS dikategorikan HARAM oleh PAS.

Jadi siapa yang sorok? FELDA atau KOHILAL?

Betapa bodohnya ahli PAS kerana senang ditipu dengan PAS cuba sorok perkara dari pengetahuan umum.

Kadang2 ketawa berdekah2 mengenai pelaburan burung unta. Memang ahli PAS suka dengan unta.

Sekarang ini di mana nak cari balik RM45 juta ini?

Senang cakap pemimpin PAS tak akan sorok pasal KOHILAL kalau untung tapi sorok isu KOHILAL sebab rugi.

Memang perangai puak PAS menjadikan manipulasikan isu yang berkait dengan BN tapi apabila muka sendiri sorok bawah karpet.

Tolonglah jawab Ajijoi dan Mazlan.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...