Tuesday, June 1, 2010

Umno patut malu dengan DAP: PAS Perak

IPOH, 1 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan dalam kenyataannya medianya bahawa UMNO patut malu dengan pendiriaan DAP yang turut sama mahukan supaya lessen judi sempena kejohanan piala dunia 2010 diharamkan serta merta bagi mengelakkan gejala tidak bermoral menular di negera ini.

Menurut beliau, UMNO perlu sedar bahawa bukan PAS dan KEADILAN sahaja yang menentang kejahilan UMNO dalam isu pengharaman lesen judi ini, bahkan DAP yang ahli dan pimpinannya yang majoriti dikalangan bukan Islam juga turut menentang kejahilan UMNO dalam isu pemberian lesen judi ini.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO juga sepatutnya mencontohi tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam menyekat mudharat judi yang akan merosakkan seluruh rakyat Malaysia dengan cara mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan surat kepada pengusaha loteri akan pengharaman lesen perjudian sempena kejohanan bolasepak piala dunia ini.

Menurut beliau, PAS Perak khususnya akan terus konsisten menentang dan mendesak semua jenis perjudian tidak kira kecil atau besar yang melibatkan umat Islam khususnya diharamkan, perkara ini penting kerana judi adalah satu perkara jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah.

Beliau menambah lagi, PAS begitu kecewa dengan sikap pimpinan melayu UMNO yang terus mempertahankan kejahilan mereka dalam menentang hukum yang di tetapkan Allah SWT, bagi PAS jika UMNO begitu degil dalam mempertahankan kejahilan mereka dengan membelakangkan perintah Allah SWT, maka sudah tiba masanya seluruh umat Islam di Malaysia memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka agar kesucian agama Islam itu
dapat dipelihara berdasarkan perintah Allah SWT.

Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa, PAS Perak juga akan terus konsisten bersama Pakatan Rakyat dalam menentang kejahilan UMNO mempertahankan untuk meneruskan lesen judi ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...