Sunday, June 6, 2010

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Pekan Bota

BOTA 5 JUN: Jam 12.20 tengahari, rombongan kami tiba di Pekan Bota. Aktiviti yang sedang berjalan di sana sejak pagi lagi ialah pemeriksaan kesihatan percuma dan juga kaunter daftar pengundi yang dibuka untuk orang ramai di pekan tersebut.

Rombongan xpdc disambut ramah oleh orang Bota dengan
diketuai oleh Ustaz Ismi

Sdr Salman Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak sedang
menjalani pemeriksaan kesihatannya bagi mengetahui
tahap bahayanya kedudukan Pemuda Umno Perak yang
semakin hari semakin lumpuh

Dato Seri Haji Nizar juga mengambil peluang untuk memeriksa
tahap kesihatannya


Ok lagi ni, kuat lagi nak lawan dengan Umno ni...


Pesuruhjaya PAS Perak juga memeriksa kesihatan beliau

Biarpun umur kian meningkat, namun semangat dan kekuatan
jiwa untuk menegakkan kalimah Allah dibumi Malaysia ini
masih kuat dan bertenaga

PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) yang
diketuai oleh Dr Najihah mengendalikan pemeriksaan
kesihatan secara percuma untuk orang awam di Bota hari ini

Pemuda Umno Perak berada di dalam keadaan yang
merbahaya apabila tahap kesihatan Ust Zawawi Hassan,
Ketua Pemuda PAS Perak disahkan baik

Check darah ye...darah manis ker?

Dato Seri Nizar berbual dengan orang awam di Bota

Mengunjungi kedai makan di pekan tersebut

Melambaikan tangan untuk terus menuju ke destinasi
seterusnya. Meninggalkan pekan Bota jam 12.35 tgh

Blogger tak sempat untuk memeriksa tahap kesihatannya. Tetapi yang pastinya, tahap kesihatan 'poket'nya yang selalu di dalam keadaan yang tidak sihat.

Teringat kata-kata hikmat antara blogger dengan blogger mengenai 'kesihatan poket': "Sapa suruh gatai nak jadi blogger".

No comments:

Followers