Sunday, June 13, 2010
Siapa Adun BN yang nak melompat?
Hari ini kecoh apabila dikatakan terdapat satu sidang media oleh Ketua Penerangan PKR Perak, Ust Zulkifly Ibrahim mengenai beberapa Adun BN yang akan melompat ke PKR.
Handphone saya tak henti-henti dihujani panggilan telefon dan juga sms bertanyakan kesahihan akan berlakunya sidang media tersebut dan juga siapakah Adun-Adun yang dikatakan akan melompat itu? Sampai nak makan kenduri kahwin pun tak senang.
Kenapa tanya pada saya? Manalah saya tahu mengenai sidang media yang akan dilakukan oleh PKR? Kenapa tak tanya pada Mat Saman Kati?
Rakan blogger yang saya minta tolong untuk ke sana bagi mendapatkan maklumat, hanya menghantar sms "tak de apa2 pun, seminar PKR adalah...".
Alamak...kalau setakat buat sidang media untuk bagi hint saja, lebih baik tak payah. Buat susah hati Zambry je nak menjawab balik isu ni.
Walau berapa orang, walau siapapun, saya tetap berpendirian bahawa amalan melompat itu amat buruk sekali. Biarlah kita tunggu sehingga PRU-13 untuk mendapat mandat rakyat bagi memilih pemimpin yang sah. Bukannya pemimpin yang melompat.
Labels:
ehwal politik,
ehwal semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bukan tak percaya pada yang mencanangkan berita ini, cuma ana x percaya pada Adun BN yang nak lompat tu......Sepanjang pengalaman ana, semua Adun BN ada sumpah maut mereka sebelum terpileh jadi calun.Kalau mereka ni lompat macam geng katak len,kalau tak mati pun akan merana seumur hidup nanti.......lagi pun kadang2 deme gempar keling aje untuk dapat sesuap nasi, dah dapat kalu senyapa aaaaaa
Baik yakinkan rakyat dengan isu2 yang membantu kesejahteraan rakyat,
Post a Comment