
Zulkifly yang merupakan seorang Ketua Penerangan PKR Perak telah tersilap langkah apabila mengumumkan sesuatu yang belum berada di dalam genggamannya. Beliau bagaikan seorang ketua penerangan yang berada di dalam kegelapan apabila bertindak melulu sebegitu.
Lebih mendukacitakan apabila kedua-dua rakan di dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PAS dan DAP dikatakan tidak diberitahu terlebih dahulu serta berbincang mengenai hal tersebut.
PKR Perak bagaikan tidak belajar daripada apa yang dilakukan oleh Nasharudin, Adun Bota setahun yang lalu.
Nasa yang kononnya melompat daripada Umno untuk berjuang bersama-sama dengan PKR akhirnya kembali kepangkuan Umno dengan membawa pulang bersamanya 3 Adun Pakatan Rakyat lalu menumbangkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Perak.
Perkara yang sama bagaikan berulang apabila dikatakan 3 orang Adun Umno ingin melompat kepada Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya Adun DAP yang keluar parti.
Mungkin ada lagi yang akan menyusul tindakan Adun Malim Nawar itu dan kini Zulkifly Ibrahim benar-benar 'melompat' kerana telah tersilap langkah dalam berpolitik disaat suasana politik Perak masih panas dan tiada penyelesaiannya.

2 comments:
kot ya pun ada YB umco yg nak melompat tak payah laa nak buat sidang media.. perlu ka? gasak depa laa.. PR jgn dok gatai nak kenen YB umco yg melompat... tak berbaloi.. lagi baik tumpukan pemilihan calon untuk pru13. bekerja dari sekarang.. please!
ada perangai buruk zul yg teman dpt tau.....kalau umno tawar berjuta memang tak heran..tepuk dada tanya iman....
Post a Comment