Wednesday, March 17, 2010

Siva: Saya sanggup mati mempertahankan perjuangan PAS

Langkap, 17 Mac, 2010 : Tengahari tadi, beberapa ahli parlimen PAS terdiri daripada Dr Mujahid (gambar), Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Dato’ Wan Abd Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, Ust Mohd Nasir, Khairil Faizi, LPN DPP Pusat bersama beberapa Pemimpin PAS Perak dan ahli Kelab Penyokong PAS Perak telah datang berkumpul di rumah mendiang Siva (34 tahun), yang mati ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali petang kelmarin.

Para pengunjung berkumpul di pejabat Kelab Penyokong PAS
berdekatan sebelum beramai-ramai ke rumah mendiang Siva

“Berita kematian Siva ditembak kami terima semasa kami di Parlimen kelmarin dan pada tengahari ini, kami dari ahli parlimen PAS datang sebagai menunjukan solidariti kami dan kesedihan kami diatas pemergian saudara Siva, seoprang yang cukup aktif dan komited dengan perjuangan parti,” jelas Dr Mujahid yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional dan PAS Pusat.

Balu mendiang begitu hiba sambil cuba ditenangkan
oleh beberapa Muslimat PAS

“Mendiang pernah berkata , bahawa dia sanggup mati kerana mempertahankan PAS.Ini adalah kenyataan, dimana mendiang tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana demonstrasi , baik di Kuala Lumpur atau di Perak, katanya lagi.

Anak sulung mendiang (baju hitam)ada bersama sewaktu
tragedi hitam itu berlaku

“Malah, kata Mujahid, mendiang sedang berusaha untuk menubuhkan PASTI untuk kaum India.”
Dr Mujahid turut mengangkat keranda Siva yang baru sampai

Mujahid menyifatkan pemergian saudara Siva itu sebagai satu kehilangan yang besar , khususnya bagi Kelab Penyokong PAS.

PAS Pusat telah dimaklumkan dimana Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang telah mengucapkan takziah diatas pemergian mendiang Siva atau nama sebenarnya Panthiyan a/l Patchamuthu.

Kehadiran yang jelas menyatakan solidariti tanpa mengira kaum atau ugama

Ahli-ahli PAS ramai yang turut hadir sebagai menunjukan rasa sedih dan simpati mereka diatas tragedi yang berlaku petang kelmarin itu.Mendiang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Sanak saudara dan sahabat handai menatap wajah
mendiang Siva buat kali terakhir

Mujahid juga menjelaskan bahawa PAS Pusat akan memberikan sedikait bantuan sebagai sumbangan kebajikan kepada keluarga mendiang Siva.

No comments:

Followers