Monday, March 15, 2010

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Langkap ditembak mati

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Langkap, hari ini ditembak mati di kedai mencuci keretanya di Jalan Chui Chak, Langkap, di Ipoh.

Pada kejadian jam 3 petang itu, lelaki yang dikenali sebagai Siva Pandian itu, ditembak oleh dua lelaki dari jarak dekat.

Ia dipercayai angkara dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuhan upahan yang mendekati mangsa dan terus melepaskan tembakan.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk pembunuhan kejam berkenaan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata parti itu amat sedih kerana cara pembunuhan itu amat kejam dengan dua das tembakan yang satunya mengenai kepala dan dada yang mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Oleh yang demikian, kami meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut. PAS juga meminta ahli keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak supaya bersabar serta tenang dan berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan media.

-malaysiakini

No comments:

Followers