Saturday, March 13, 2010

Gambar istimewa buat kulaan di Bagan Serai

Reaksi Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ketika sidang media mengenai kedudukan beliau yang keluar parti setelah menjadi Anggota Parlimen Bebas di sini, hari ini. Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak dalam pakatan pembankang mendesaknya berbuat demikian. - Foto BERNAMA

Bukan main seronok lagi pak aji ni gelak sakan depan kamera untuk tatapan istimewa semua pengundi-pengundi dan kulaan di Bagan Serai.

Apa yang seronok sangat tu pak aji oi? Ohhh...seronok sebab baru balik makan angin ye. Kemana? Sampai ke Jakarta? Amboi...mentang-mentanglah dapat berJUTA, pergi pulak ke Jakarta, duit tu ditukar dengan matawang sana dah boleh jadi entah berapa ribu JUTA lah ye.

Gelaklah sepuas-puasnya pak aji oii...selagi boleh.

Nak lagi best pergi la pak aji gelak kuat-kuat di Balai Kuliah Tasawwur Islami (Bakti), Simpang Empat, Semanggol, Perak malam minggu ni. Ramai yang menunggu pak aji di sana.

Mohsin Fadzli Tidak Kosongkan Kerusi Parlimen Bagan Serai

IPOH: Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Katanya beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana 'politiking' melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka...tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai)," katanya. Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada UMNO dengan majoriti 3,413 undi. - BERNAMA

1 comment:

Matatech said...

oii pak aji takkan tak tau halal haram. kalau pengundi tak halalkan pak aji jadi wakil rakyat maka pak aji makan duit haram. kalau 1 hari makan duit haram kita akan di seksanya inikan pulak dua tahun. berapa banyak da pak aji nak makan duit haram. tak takut ke...takut tak sempat taubat je..

Followers