Monday, March 29, 2010

DS Nizar melawat mangsa kebakaran di Rapat Setia, Ipoh

IPOH 29 MAC: Hari ini merupakan hari yang malang buat sebuah keluarga apabila hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja akibat rumah kediaman mereka musnah sama sekali dijilat api awal pagi tadi.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.30 pagi ini di No. 3, Jalan Dato Damanhuri, Rapat Setia, Ipoh hampir meragut 6 nyawa yang masih lena tidur. Disyaki api mula merebak dari bilik hadapan dengan cepat sekali sehingga memusnahkan sebuah kereta Proton Satria Neo yang diletakkan di bahagian hadapan rumah tersebut.

Ketua keluarga yang malang ini, Sdr Normansor Bin Hj Mat Jini (bertopi dan berkain pelekat di dalam gambar) keluar dari rumah seawal 4.00 pagi untuk ke kilang penyembelihan ayamnya di Jelapang. Setibanya disana, beliau telah menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan bahawa rumahnya sedang marak dijilat api.

Beliau kemudiannya bergegas pulang dan apabila tiba, kelihatan 4 buah kereta bomba sedang memadamkan api.

Beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya terselamat di dalam kejadian ini walaupun banyak harta benda dan dokumen-dokumen penting yang musnah bersama rumah yang telah lama didudukinya itu.

DS Nizar yang diberitahu akan kejadian itu telah melawat keluarga Normansor pada jam 8.oo pagi ini. Beliau yang ditemani isteri serta 2 orang anak lelakinya bersimpati dengan kemalangan yang menimpa keluarga malang yang dikenalinya itu. Hampir sejam DS Nizar di situ meninjau keadaan rumah saudara Normansor.

DS Nizar bersama Saudara Normansor (bertopi)



Kereta yang cuba diselamatkan oleh isteri Normansor tetapi
dihalang oleh anak-anaknya kerana api telah yang marak

DS Nizar bersama jiran tetangga Normansor yang bersimpati
dengan beliau

Datin Seri Fatimah Taat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa
keluarga ini cuba menenangkan isteri Sdr Normansor (baju putih)

DS Nizar bertanyakan tentang kejadian jam 4.00 pagi itu
daripada jiran sebelah rumah yang memberitahu mengenai
kebakaran menerusi telefon kepada Normansor

DS Nizar dan isteri meninjau keadaan dalam rumah


Sdr Normansor menunjukkan keadaan di dalam rumah beliau

Banyak khazanah-khazanah miliknya yang disimpan sekian lama

Kini telah musnah semuanya

DS Nizar dan isteri mendengar penerangan daripada Normansor
dengan prihatin

DS Nizar meninjau keadaan bilik di bahagian hadapan.
Banyak buku anak-anak Normansor yang musnah

Kesemua peralatan di dalam rumah ini musnah sama sekali

Kereta ini juga turut musnah tanpa sempat diselamatkan

DS Nizar dan isteri menawarkan kediaman mereka untuk
Sdr Normansor dan keluarga menumpang sebelum mendapatkan
kediaman yang baru

DS Nizar terpaksa berangkat untuk ke tempat yang lain sebelum
bertolak ke parlimen. Salam takziah DS Nizar buat Sdr Normansor
sekeluarga

Keadaan di dalam dan luar rumah

Peralatan rumah yang ranap

Di ruang utama

Dalam bilik kedua


Dapur

Pemandangan dari dapur

Kereta yang hangus hampir keseluruhannya

Daging-daging ayam yang tidak sempat dimasak

Kereta, motorsikal dan basikal. Kesemuanya hangus

Meter elektrik yang cair terbakar

Seorang jiran yang mewakili syarikat Nestle menghulurkan
emergency kit kepada Sdr Normansor

Wakil kepada YB Hamidah, Sdr Alang yang juga Ketua Kampung
Sg Rapat (BN) juga bertandang bertanyakan khabar.

5 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai ajijoi,

Rapat Setia bukan dalam kawasan Bukit Gantang dan Pasir Panjang.

Tidak pernah ADUN BN tak tahu kawasan sendiri.

Kecualilah orang itu ada pegang jawatan di peringkat negeri.

Sekian.

Ajijoi said...

Wahai si Puntung!

Kerja-kerja fardu kifayah seperti menziarahi orang yang ditimpa musibah (apalagi jika orang itu yang kita kenali) tidak perlulah mengira kawasan ataupun parti politiknya.

Renungkan yang dibawah ini semoga kembali kewarasan anda dalam memberikan komen-komen:

Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.

Hukum Takziah

Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sekian. Wassalam.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Fardhu kifayah?

Takziah?

Sebelum Nizar jadi Adun dan MP dia berada di mana ketika orang sedang bersedih?

Sebelum jadi calon tak nampak batang hidungnya.

Kita tahu sikapnya semasa jadi calon di sebuah kawasan DUN di Kuala Kangsar dahulu.

Adakah beribadat hanya setelah jadi Adun dan MP?

Itu soalnya.

Sekian.

mia sarah hemiza said...

perlu ke bersoal-jwp sedangkan saudara seagama sendiri sedang dlm musibah??

Mangsa merupakan pakcik saya.

ingatlah, musibah itu peringatan dari ALLAH, ambil pengajaran dan bukan menjadi bahan propaganda kepentingan sendiri.

Unknown said...

Pakcik Puntung,
Pakcik ini semacam malaikat pencatit kiri Dato' Nizar pula,apakata pakcik tanya dia kenapa dia bersudi ziarah mangsa sebelum pakcik tanya soalan lain.Diri pakcik sendiri ada kelapangan sudah berziarah mangsa ke?Nama gelaran pakcik pun kurang molek..tukarlah..sebelum malaikat kiri pakcik sendiri catit amalan pakcik.

Followers