Monday, March 8, 2010

Pakatan Rakyat perlu tarbiah pemimpin dengan kesusahan dan kepayahan

Pernah saya dapat maklumat kerani di pejabat PAS di sebuah negeri hanya dibayar RM400 sebulan, malah kadangkala bayarannya lewat kerana PAS bukan parti duit.

Rakyat merasa terlalu sedih apabila ada beberapa pemimpin katak yang lompat parti dalam Pakatan Rakyat, malah menjadikan alasan bangsa da agama sebagai alasan indah mengaburi mata rakyat. Malah ada yang kurang ajar memaki pemimpin PKR dengan alasan dasar PKR sudah tidak betul lagi.

Bila jadi kes sebegini PKR dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh menyimpan pekung para katak ini, iaitu mereka sebenarnya adalah materialistik, perasuah dan gila wang! Aib mereka disimpan oleh pemimpin PR hanya atas alasan adab dan etika berkawan dalam parti serta mementingkan matlamat umum parti berbanding mengaibkan rakan sendiri. Tetapi inikah balasan Fairuz, Salahuddin Hashim terhadap kebaikan PKR menyara mereka?

Nasib baik PKR masih meraikan sifat segelintir ahli PKR yang mana mereka ada yang bekas UMNO dan pernah menerima tilam empuk UMNO. Kiranya PKR tidak mahu ahlinya terkejut, jadi pemimpin dibayar gaji dan imbuhan yang cukup lumayan. Bayangkan jika berceramah, mereka juga diberi imbuhan bukannya free!

Mereka memaki UMNO dalam masaa yang sama nak hisap darah duit tabung parti. Mungkin sudah sampai masanya PKR membuat sedikit transformasi mengikuti cara PAS mentarbiah pemimpin dengan kesusahan dan kepayahan sama seperti ahli bawahan.

Lihat sahaja petugas pilihanraya, penampal poster dan penjaga parking semasa kempen pilihanraya yang memenagkan Fairuz dan beberapa pemimpin PKR yang lain. Petugas PKR itu bukan orang kaya semuanya. Ada yang hanya bergaji RM500 sahaja, malah ada yang tidak berpendapatan tetap. Kadangkala merek lebih setia terhadap perjuangan berbanding pemimpin yang korup seperti yang semua sedia maklum hari ini.

Pakatan Rakyat, percepatkan proses pembuangan sampah sarap ini semua.


Suka saya memetik kata-kata Dr Syed Hussain Ali "Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya, Pas, Dap dan bahkan Umno menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin mereka berhenti. Akhirnya, semua parti muncul lebih kuat,"

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Followers