Monday, March 22, 2010

Kunjungan Presiden PAS mengharukan keluarga mendiang Siva

21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini

"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.

Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.

Balu mendiang Siva(baju merah) bersama 3 anak lelakinya

Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.

Toh Puan Zainab bersama Muslimat tempatan turut
menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva

Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”

Kenangan bersama TGHA

Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah.

http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments:

Followers