Monday, March 29, 2010

Kaitan meragukan diantara Muhyiddin, Chenderong Capital, Chenderong Technologies dan SIM-Drive

Apabila laman web rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'My-Malaysia' ditutup, pemeriksaan rapi yang dijalankan telah menghasilkan sesuatu yang menarik, bagaikan ada kaitan yang meragukan serta perniagaan yang berbelit dan juga berkaitan dengan politik.

Nama domain kepada laman web 'my-malaysia.com.my' telah didaftarkan dibawah sebuah syarikat yang bernama Chenderong Technologies. Mungkin TPM telah menggunakan khidmat syarikat tersebut bagi membina sebuah laman web untuk beliau.

Tetapi anda tidak akan menjumpai laman web kepunyaan Chenderong Technologies ini, yang sepatutnya ada sebuah laman web sendiri ataupun sebagai syarikat tuan rumah.

Amat ganjil sekali apabila sebuah syarikat laman web yang tidak mempunyai laman web sendiri. Apatah lagi sebuah syarikat yang membina laman web rasmi untuk seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Adakah ini sebuah lagi syarikat kroni yang membuat laman web atas dasar bukan komersil atau dengan syarat-syarat yang sukar difahami?

Tetapi keputusan penemuan daripada Google mengenai 'Chenderong Technologies' mempunyai kaitan dan informasi yang sangat menarik berkaitan 'Chenderong Capital', 'Chenderong Technologies' dan diri Muhyiddin sendiri.

Rupa-rupanya pada 7 Disember tahun lalu, Chenderong Capital telah menandatangani sebuah memorandum sepakatan (MoU) dengan sebuah syarikat dari Jepun, SIM-Drive Ltd, untuk membangunkan perusahaan kenderaan elektrik. Majlis menandatangani memorandum tersebut telah disaksikan sendiri oleh TPM semasa lawatan rasminya ke Jepun.

Mengikut rekod rasmi yang diperolehi daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), Chenderong Technologies (perniagaan partnership) dan Chenderong Capital (syarikat private limited) adalah berkait rapat. Chenderong Capital mempunyai tiga pemegang saham/pengarah. Dua daripadanya adalah Irlan Norris bin Ishak dan Ikhwan Al-Rashid bin Abd Rahman, pemilik bersama Chenderong Technologies.

Menggabungkan kesemua yang berlaku akan mendedahkan kepada aktiviti yang bersungguh-sungguh dalam jangkamasa yang singkat:

  • 2009-08: Penubuhan SIM-Drive Ltd
  • 2009-09-07: Chenderong Technologies ditubuhkan oleh dua orang pemilik bersama
  • 2009-10-08: Chenderong Capital ditubuhkan oleh tiga orang pemegang saham/pengarah, dua daripadanya adalah pemilik bersama Chenderong Technologies
  • 2009-11-05: Chenderong Technologies mendaftarkan domain “my-malaysia.com.my”
  • 2009-12-07: Chenderong Capital menandatangani MoU dengan dua syarikat Jepun, disaksikan oleh Muhyiddin
  • 2010-01-30: Muhyiddin melancarkan laman web rasminya, seolah-olah dibina oleh Chenderong Technologies
  • 2010-02-25: Laman web MY-Malaysia ditutup
  • 2010-03-16: Dua pemilik bersama Chenderong Technologies menarik diri dan seorang pemilik Mohammed Saifol Anwar bin Ab Rahman mengambil alih.

Selanjutnya, jika anda menimbang fakta-fakta berikut, anda mungkin akan tercium sesuatu:

  • SIM-Drive Ltd adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dalam bulan Aug 2009 dengan capital sebanyak ~RM1.5 million (44 million Yen), untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunan kenderaan elektrik. (Saya amat berharap agar kerajaan Malaysia tidak sewenang-wenangnya membazirkan wang kita di dalam projek ini.)
  • Satu MoU yang ditandatangani oleh SIM-Drive sambil disaksikan dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya mempunyai nilai publisiti yang penting, tetapi majlis itu langsung tidak mendapat tempat di dalam laman web SIM-Drive news section. (Sama ada SIM-Drive adalah sebuah syarikat yang tidak serius atau diurus tadbir dengan baik, ataupun TPM adalah seseorang yang langsung tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.)
  • Chenderong Capital mempunyai modal yang dibenarkan iaitu RM100,000. (Modal berbayar yang sebenar, yang mana memberikan modal bekerja, selalunya adalah lebih kecil berbanding dengan modal yang dibenarkan.) RM100,000 atau kurang untuk membangunkan kenderaan elektrik? Perjalanan eksekutif berpangkat tinggi ke Tokyo untuk menandatangani MoU itu sahaja telah menelan belanja sekurang-kurangnya separuh daripada RM100,000.
  • Dan kedua-dua Chenderong Capital dan Chenderong Technologies tidak mempunyai laman web. Pada hari ini, sedangkan kedai runcit Muthusamy Store juga mempunyai sebuah laman web.
Saya percaya kesemua fakta yang menarik ini membawa kepada perjanjian perniagaan yang meragukan dan berbelit-belit serta mempunyai penglibatan politik. We tidak boleh berharap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berbuat sesuatu mengenai kes ini, tetapi mungkin beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh mengangkatnya dengan bertanyakan soalan-soalan mengenai kes ini di parlimen.

Lagipun, ini adalah sebuah kerajaan yang ber-KPI menurut Perdana Menteri Najib Razak. Di dalam kes ini, apakah wang rakyat terlibat di dalam beberapa aktiviti dan apakah KPI terhadap wang-wang tersebut.

diterjemahkan oleh ajijoi daripada AirKosong.com

No comments:

Followers