Wednesday, April 1, 2009

Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang

KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.

Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.

Presiden SMM, Muhammad Haafizuddin Abirerah menjelaskan selain isu kerakusan BN, risalah mengenai krisis perlembagaan yang menyebabkan berlakunya konflik di Perak turut diedarkan.

"Kami mahu menjelaskan kepada pengundi-pengundi Cina apa dan siapa yang menyebabkan berlakunya krisis politik di Perak.

"Kami juga menerangkan kepada mereka kepentingan untuk membuat perubahan dalam landskap politik negara dan tidak perlu takut untuk membuat perubahan," jelas beliau.

Menafikan SMM condong kepada Pakatan Rakyat, Haafizuddin menegaskan mereka hanya mempunyai persamaan pendapat dengan gabungan pembangkang itu dalam sesetengah isu sahaja.

Beliau juga menjelaskan SMM dan Gamis akan menjalankan program dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang dan menamakan program mereka sebagai Projek Menyedarkan Rakyat Perak. - mks. _

2 comments:

Head Shot said...

takbir!

Hulk said...

Should focus on the Malay community as the None-Malay has decided to pledge thier support to PAS.
Its the Malay majority & support now...to win.

Followers