Friday, April 24, 2009

Jomheboh di Lumut, apa penjelasan Mufti Perak?

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Sudah lama tidak kedengaran Konsert Jom Heboh TV3 di Perak namun esok pesta ria ini akan mengambil tempat di TLDM Lumut yang berlangsung sehingga Ahad ini (26 April).

Bezanya kali ini, belum lagi terdengar ungkapan sama daripada Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria yang pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini.

Dalam keputusan itu Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah menghantar surat kepada Harussani merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia tersebut.

Ketua Pemudanya Salman Salleh meminta penjelasan adakah penguatkuasaan Undang-Undang terhadap mereka yang memberikan kebenaran, menganjur, menghadiri dan menonton konsert tersebut akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

"Selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di Ipoh, kami mahu penjelasan daripada Dato' Seri adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut?

"Kami memohon agar Dato' Seri dapat memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut agar rakyat Negeri Perak tidak keliru didalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi. - azm _

-harakahdaily

2 comments:

toytian said...

No komen,minta restu rakyat dulu.

Unknown said...

jgn la mufti pulak nak dipolitikkan...rasa menyampah betul pada org yang cuba politikkan agama

Followers