Tuesday, April 21, 2009

Majlis Kesyukuran dan bertemu pengundi


Alhamdulillah selepas diberi kemenangan oleh Allah SWT, di Bkt Gantang pada 7 Apr baru ini, banyaklah majlis dan program kesyukuran dan doa selamat yang di buat disetiap UPU di ketiga2 DUN Trong, Cgkt Jering dan Kl Sepetang.

Terpaksa jugalah hadir bagi meraikan pengundi yang berhajat sangat termasuk yang bernazar seperti berpuasa, cukur kepala, sembelihan dll. Apa yang luar biasanya ialah kesemua majlis tersebut dihadiri setiap lapisan rakyat India, Cina dan tentunya Melayu dari semua partipun ada termasuk BN.

Saya berasa cukup terharu apabila ramai ahli dan penyokong MCA, MIC dan UMNO turut serta. Ini yang amat memberangsangkan walaupun mereka terpaksa menunggu berjam2 sewaktu panas terik dan tengah2 malam, cuma janjinya saya sampai juga.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menerangkan status terkini perihal tindakan perundangan di mahkamah tinggi KL yang akan mula bicara pada 23 Apr. Walaupun asalnya mahkamah menetapkan 5 dan 6 Mei nanti. Namun Peguam Negara (Ghani Patail) mencelah dan mendesak supaya dicepatkan perbicaraan. Tak tahulah apa muslihat mereka! Saya hanya berserah dan amat mengharapkan doa serta munajat kesemua rakyat jelata bagi memulihkan pergolakan politik /krisis Perlembagaan di Perak akibat kerakusan UMNO merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada 5 Feb 2009.

Saya juga sempat melancarkan buku karanagan Bloggers Network Perak berjudul " RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK DURJANA UMNO-BN" Siapa Menteri Besar Perak yang SAH mengikut Undang-Undang? Terima kasih tidak terhingga kepada semua Bloggers Perak Network. Syabas dan salam perjuangan.

Pada 19 Apr, saya dan istri hadir di Istana Iskandariah bagi menghadiri Hari Anugerah Bintang kehormat sempena Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Saya dan rakan2 Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan PKR turut hadir dari 8pagi hingga 2ptg. Bahkan pada 24 Apr ini saya akan hadir bersama DYMM Sultan Perak di Lumut (Pengkalan Tentera Laut) meraikan majlis bersama angkatan Tentera Laut.

Angkat sumpah di Parlimen pula ditetapkan pada 15 Jun 2009. Persidangan
DUN pula dijadualkan pada 7 Mei. Inipun satu lagi kemusykilan kerana Setiausaha Dewan panggil mesyuarat tanpa persetujuan YB Speaker DUN.

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

No comments:

Followers