Friday, April 24, 2009

Isu agama anak: Perlu rujuk Majlis Mufti-Mufti Malaysia

IPOH: Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-Mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung agama Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan.

Beliau berkata keputusan kerajaan bahawa kanakkanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama adalah satu isu yang perlu dibincangkan oleh majlis berkenaan terlebih dahulu.

"Dalam agama Islam manamana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," katanya mengulas keputusan Kabinet semalam yang memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Ketika mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah sebagai langkah penyelesaian berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama. BERNAMA

No comments:

Followers