Friday, April 17, 2009

Pantun Kemenangan di P059 Bukit Gantang

Air Sungai mengalir tenang
Mudah nelayan mengail ikan
Di Bukit Gantang PAS Menang
Umpan wang tak termakan

Ikan seluang ikan baung
Sedap bila masak tempoyak
Penyokong rasuah terus meraung
Calon mereka tidak layak

Asal tempoyak dari durian
Bila disimpan tahan lama
Calon PAS mendapat kejayaan
Dalam Pakatan erat kerjasama

Tanam durian di tepi bukit
Tumbuh subur di Bukit Gantang
Bila kalah hati sakit
Maklumlah calon keris terlentang

Ahli sukan kuat berlatih
Tersilap langkah jatuh terlentang
Bulan sentiasa kelihatan puteh
Dilihat Cina di Bukit Gantang

Ikan pari ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Dalam Pakatan kita bekerjasama
Dengan keadilan hati terpaut

Air laut cukup dalam
Mudah kapal membawa barangan
Menang PAS kerana Islam
Buat suruhan tinggal larangan

Pokok cengai pokok jati
Dua jenis kayu hutan
Dengan zikir kuatlah hati
Baru lemah pengaruh syaitan

Pergi ke surau menaiki kereta
Setiap waktu bersolat jemaah
Bila menang banyak cerita
Tumbang musuh kerana rasuah


HMS Abu Bakar
13 Rabiulakhir 1430 H
{9-4-2009}

No comments:

Followers