Tuesday, April 21, 2009

Anak Rais Yatim diarah bersumpah di mahkamah


Pengesahan cerai anak Rais Yatim 24 April

DINO dan Riza Ainurin ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur semalam. (gambar kanan)

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 24 April depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan Dino, anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Hakim syarie, Mohd. Yunos Muhammad Zin turut mengarahkan Dino, 30, untuk bersumpah pada tarikh tersebut bagi mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa dilafazkan pada 12 dan 28 November tahun lalu.

Ini berikutan, Dino selaku plaintif gagal mengemukakan dua saksi bagi menyokong keterangannya atas alasan mereka enggan bekerjasama selain ada yang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Selain itu, Mohd. Yunos turut mengarahkan defendan, Riza Ainurin Ramlan, 24, menerusi peguamnya, Roslizam Rahim untuk memasukkan hujahan penggulungan bertulis sebelum tarikh keputusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika lafaz cerai itu disabitkan tidak sah, maka mahkamah akan meneruskan dengan kes permohonan cerai fasakh oleh Riza Ainurin.

Pada 14 Januari lalu, Dino mengesahkan telah melafazkan cerai secara taklik terhadap isterinya pada 12 November tahun lalu.


-kosmo

No comments:

Followers