Sunday, April 19, 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng Kali ke-13


IPOH (19.4.09): Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng Kali ke-13 telah diadakan pagi ini di Markas PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Rapat Setia Ipoh.

Mesyuarat Agung ini yang telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad K.Y. Tiang Abdullah (Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar DS Ir Nizar Jamaludin) menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng bagi tahun 2009-2011.

Pemilihan yang diawasi oleh Pengerusi Tetap, Ust Kamalullail telah memilih Ketua Pemuda yang baru bagi menggantikan Sdr Radzi Zainon yang memberi laluan kepada timbalannya untuk menerajui kepimpinan pemuda.

Begitu juga dengan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua yang menyaksikan muka baru didalam saf tertinggi kepimpinan pemuda Gopeng.

Tahniah kepada saf kepimpinan pemuda yang baru dan terima kasih kepada saf yang lama.

Sdr Radzi Zainon, mantan Ketua Pemuda Pas Gopeng didalam ucapannya telah mengingatkan pemuda untuk lebih bersedia dengan suasana yang baru yang mana masyarakat bukan Islam telah mula menerima baik Pas. Pas telah dikatakan sebagai parti masa depan.

Ust Omar Nasarudin Bin Din, Ketua Penerangan Pas kawasan Gopeng telah mengesahkan bahawa DPP Gopeng sangat aktif serta telah banyak berjasa dalam melahirkan ramai pemimpin yang kini berbakti didalam peringkat negeri.

Sdr Muhammad K.Y. Tiang Abdullah didalam ucapan perasmiannya telah menyatakan bahawa masyarakat bukan Islam kini semakin rapat dengan Pas. Malah mereka begitu menghormati Pas akibat daripada peristiwa rampasan kuasa BN di negeri Perak. Ini menurutnya, kerana Adun Pas tetap setia dan utuh perjuangannya walaupun diumpan dengan pelbagai kemewahan. Beliau juga menceritakan pengalamannya berkhidmat dibawah DS Nizar selama 10 bulan yang mana Islam telah dijadikan contoh terbaik dalam memerintah sebuah kerajaan dan ini diakui serta mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.


Sijil Cawangan Pemuda Harapan, milik Cawangan Taman Mesra Raya kerana mempunyai jumlah pemuda yang aktif paling ramai.


Dua orang penerima Sijil Penghargaan kerana telah tamat tempoh berkhidmat didalam kepimpinan pemuda. Sdr Zainal Ariff (berbaju putih) dan Sdr Mat Razali (berbaju perang).


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ust Kamalulail (ditengah) sebagai Pengerusi Tetap.


Sdr Mohd Zaizi Bin Zainal, Ketua Pemuda Pas Kawasan Gopeng yang baru.







No comments:

Followers