Tuesday, January 20, 2009

Naik Gila? Gula Naik

Harga gula mungkin naik 10-20 sen

BUTTERWORTH: Harga gula mungkin dinaikkan antara 10 sen hingga 20 sen selepas sambutan Tahun Baru Cina selaras dengan perjanjian kontrak baru di antara kerajaan dan pembekal bahan itu.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, bagaimanapun memberi jaminan harga bahan itu tidak akan dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyat. Katanya, jika kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga gula, ia akan dilakukan secara berperingkat (dibaca = banyak) bagi mengelak rakyat dibebani ketika negara terkena tempias krisis ekonomi global.

“Jika naik (harga gula), kita akan lakukan secara berperingkat. Naik sedikit demi sedikit iaitu tiga atau empat bulan sekali,” katanya.

Beliau berkata kali akhir harga gula dinaikkan ialah tiga tahun lepas.

“Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara.

Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas. Tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama,” katanya.

"Perkara itu masih dipertimbangkan dan belum lagi dimuktamadkan. Keputusan itu berdasarkan kontrak baru berikutan perjanjian yang ditandatangani tamat hujung tahun lalu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Bahaya Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Seberang Jaya di sini, hari ini.


Ketika ini, gula yang termasuk dalam senarai barang kawalan dijual pada harga RM1.45 sekilogram di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.55.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, jika harga bahan kawalan itu dikekalkan pada harga sama pada tahun ini selepas kontrak baru berkuat kuasa, kerajaan terpaksa menanggung subsidi bagi mengelak kenaikan harga.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan berapa banyak subsidi perlu ditanggung oleh kerajaan jika mengekalkan harga semasa.


Ajijoi ~ Walau siapapun yang menjadi Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, kerjanya hanya mengumumkan kenaikan harga barang. Bukannya mempertahankan kenaikan untuk tidak membebankan rakyat.

Mengapa tidak diumumkan dengan siapa kerajaan menandatangani kontrak baru gula itu? Adakah kerana begitu banyak 'gula-gula' yang ditaburkan semasa kempen PRK Kuala Terengganu yang baru lalu maka akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung kosnya?

Adakah kerajaan tidak mengambil kira kesan ekonomi yang teruk melanda negara kita yang akan menjejaskan perbelanjaan harian keluarga warga semua? Bagaimana pula nasib pekerja-pekerja swasta/kilang yang akan diberhentikan kerja nanti? Mengapa menambahkan lagi bebanan yang terpaksa mereka galas.

Dan mengapa perkataan subsidi itu menjadi begitu sensitif kepada kerajaan? Bukankah subsidi merupakan tangungjawab kerajaan kepada rakyat. Bagaimana pula wang berjuta (mungkin billion) digunakan semasa kempen di KT tidak diambil kira untuk menampung subsidi kepada rakyat?

Jawatan menteri ini lebih kepada membela syarikat besar daripada membela nasib rakyat kebanyakan. Semoga lancar jawapannya di SANA kelak bagaimana ia memikul amanah yang diberikan rakyat kepadanya.

2 comments:

Cikli said...

mungkin sikit lagi kerajaan akan bagi rebate untuk pengunjung kedai mamak dan starbucks.

Ajijoi said...

Oh...ye tak ye..rebate.

Sesiapa beli gula sekampit, dapat rebat. Tapi kena bawak gula tu tunjuk kat pejabat pos. Isi borang, dapat duit.

Agak-agak berapa la harga rebate gula tu?

Followers