Sunday, January 11, 2009

Pemain Perak membantah peperangan di Gaza


IPOH (10/01/2009) : Pemain dan pegawai bolasepak Perak masing-masing menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap peperangan yang dicetuskan Israel terhadap rakyat tidak berdosa Palestin.

Acara simbolik ini dilangsungkan sebaik selesai perlawanan di antara Perak dan PDRM di Stadium Perak malam tadi yang berkesudahan dengan Perak berjaya mengatasi PDRM dengan kemenangan 1 - 0.



Perak F.A. Die Hard Fan yang diketuai oleh Zaki dan Jep menyediakan sepanduk yang tertulis perkataan 'STOP WAR' untuk ditandatangani oleh pemain dan pegawai Perak F.A.





Ajijoi ~ agak malang sedikit kerana Menteri Besar Perak selaku Presiden PAFA tidak dapat turut serta menandatangani sepanduk tersebut kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh Perak F.A. Die Hard Fan semasa ingin membawa masuk sepanduk ke tepi padang setelah selesai perlawanan akibat masalah keselamatan.

MB Nizar yang sebelum itu menunggu acara tersebut berlangsung terpaksa meninggalkan stadium kerana masa yang agak lama diambil untuk pihak keselamatan membenarkan sepanduk itu di bawa masuk. Segalanya berjalan lancar hanya setelah Ust Norazli Musa meminta pihak keselamatan membenarkan sepanduk itu dibawa masuk oleh sekumpulan ahli Perak F.A. Die Hard Fan.



No comments:

Followers