Monday, January 12, 2009

Bendahari MIC Ipoh Barat mati ditetak perompak

VIJAYALECHUMI (tengah) ditenteramkan oleh kedua-dua anak perempuannya selepas suaminya, Sidambaram mati ditetak di rumah mereka di Jalan Wayang, Buntong semalam


IPOH (12/01/2009): Bendahari MIC Ipoh Barat ditemui mati dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Wayang, Buntung, di sini awal pagi ini.

Mayat N Sitamparam, 64, ditemui dalam sebuah bilik di rumah berkenaan oleh anggota polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada jiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Sitamparam dan isterinya yang berusia 60 tahun diserang beberapa lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, Sitamparam mati akibat cedera parah di kepala, tangan dan badan, manakala isterinya yang diikat kedua-dua tangan tidak dicederakan. Mayat Sitamparam dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata, siasatan awal polis mendapati kereta Proton Waja, telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan barang kemas hilang dipercayai dilarikan kumpulan perompak itu.

Polis percaya mangsa di serang oleh antara tiga dan lima orang, katanya. - Bernama


Ngeri lihat suami ditetak mati

Keberanian seorang ahli politik yang melawan sekumpulan enam penyamun yang menceroboh rumahnya di Jalan Wayang, Buntong di sini berakhir dengan beliau ditetak sampai mati.


Semasa kejadian pukul 2 pagi semalam, mangsa, Bendahari MIC Bahagian Ipoh Barat, N. Sidambaram (gambar), 64, bersama isterinya sedang tidur di rumah banglo setingkat miliknya.

Cerita isteri mangsa, T. Vijayalechumi, 55, beliau dan suami tersedar apabila terdengar bunyi bising jeriji diumpil.

"Kami berdua buka pintu bilik dan terkejut apabila nampak enam lelaki sudah berada di ruang tamu," kata beliau.

Seorang penjenayah itu kemudian mengarah mereka duduk sebelum seorang lagi cuba mengikat tangannya dan suami.

"Namun suami saya enggan ikut arahan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga penjenayah itu menetak beberapa bahagian badan suami saya kerana marah.

"Saya amat takut kerana nampak suami saya ditetak berkali-kali dan beliau menjerit kesakitan sebelum rebah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Selepas itu, Vijayalechumi memberitahu, beliau diikat kedua-dua belah kaki dan tangan selain matanya turut ditutup dengan kain sebelum ditolak pula ke dalam bilik tidur.

"Selepas lima minit ditinggalkan, saya dapat melepaskan diri.

"Saya terus ke ruang tamu tetapi suami saya sudah tidak bernyawa manakala semua penjenayah terbabit telah meninggalkan rumah saya," katanya.

Penjenayah itu melarikan barang kemas, kereta Proton Waja dan sebuah telefon bimbit.

No comments:

Followers