Saturday, January 10, 2009

TM Liga Super 2009 : Perak 1 - 0 PDRM


Pasukan bolasepak Perak menerima kunjungan PDRM malam ini bagi meneruskan saingan Liga Super musim ini.

Stadium Perak terang benderang menyaksikan satu pertembungan sengit diantara dua pasukan. Kehadiran peminat bolasepak Perak juga makin bertambah dan diharapkan akan lebih ramai lagi yang datang menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pasukan mereka di perlawanan-perlawanan yang akan datang.


Turut hadir bagi menyuntikkan semangat juang kepada pasukan muda Perak ini adalah Presiden PAFA sendiri iaitu Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar serta pegawai-pegawai PAFA yang menyaksikan perlawanan malam ini sehingga ke akhir.

Keseluruhan permainan jelas dikuasai oleh anak-anak muda pasukan Perak dengan corak permainan yang agak laju dan berstamina. Bola lebih berlegar dipihak lawan dengan asakan-asakan dan cubaan yang cantik dan mencemaskan PDRM.

Namun begitu, separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0 walaupun beberapa percubaan yang menarik hampir-hampir membuahkan gol.

Hanya diseparuh masa yang kedua, di minit yang ke 15 terhasilnya gol melalui kuisan cantik Razali Umar memperdayakan penjaga gol PDRM.

Beberapa siri percubaan kemudiannya termasuklah terkena tiang gol yang hampir-hampir menembusi gawang lawan.

PDRM juga tidak kurang hebatnya apabila beberapa kali mencemaskan pasukan Perak dengan corak permainan mereka.

Perak kini telah menang sebanyak 2 kali dan kalah sekali ditangan Selangor.

No comments:

Followers