Thursday, December 4, 2008

Melaksanakan Ibadah Korban Di Bawah Bimbingan Rasulullah



1 – Definisi Dan Hukumnya:

Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari TasyriQ dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Rujuk juga: ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566)

Hukum Berkorban:

Menurut Ibnu Taimiyah:“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:“Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/321))

Manakala sebahagian ulama menyatakannya sebagai sunnah sahaja.Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86)

2 - Waktu Menyembelih Haiwan Korban:

Hari yang disyari’atkan untuk menyembelih haiwan korban adalah pada 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…

Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m/s. 737)

“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, hadis no. 5561)

“Seluruh hari TasyriQ merupakan waktu untuk penyembelihan (korban).” (Hadis Riwayat Ahmad (4/8). Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Manakala Syaikh Ali Hasan al-Halabi menghasankannya)

Lihat juga perbahasan lainnya berkenaan masa untuk menyembelih di dalam Subulus Salam, susunan imam ash-Shan’ani.

Baca seterusnya di sini...


No comments:

Followers