Pelbagai reaksi yang diberikan terhadap isu pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan Perak yang baru bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang uzur.
Yang terbaru, pemimpin Barisan Nasional Perak seakan senada dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap isu ini.
Ikuti apa kata mereka dan apa kata saya...
'Pakatan macam jilat ludah sendiri'
Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
RM2 juta beli Camry bazirkan wang rakyat
IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) yang menguasai kerajaan Perak mula menunjukkan 'taring' mereka apabila meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2 juta sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Perdana V6, baru-baru ini.
("Peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang lepas", kata YB Ngeh Koo Ham)
Langkah yang diambil kerajaan Pakatan itu juga dianggap 'menjilat ludah sendiri' kerana selama ini mendakwa mereka prihatin keperitan hidup rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan kerajaan Pakatan itu membuktikan hakikat mereka tidak mampu menahan 'nafsu' untuk memiliki kenderaan baru.
"Sebelum ini, ketika hendak mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN), mereka berjanji kepada rakyat untuk terus menggunakan kenderaan sedia ada dengan alasan dapat menjimatkan wang rakyat.
(memang betul ada berjanji begitu, tapi masa tu ingatkan kereta yang ditinggalkan kerajaan dulu tu elok lagi. Rupa-rupanya dah 'barai', dah teruk. Kerajaan baru belajar daripada pengalaman. Kalau buang duit asyik nak memperbaiki kereta-kereta yang ada, lebih baik beli yang baru dan dapat menjimatkan kos maintenance selama beberapa tahun yang akan datang).
"Sekarang mereka secara terbuka menggunakan alasan terpaksa membeli kenderaan baru kerana tidak boleh menanggung kos penyelenggaraan tinggi jika menggunakan kenderaan nasional," katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bahawa mesyuarat Exco yang meluluskan perbelanjaan lebih RM2 juta bagi membeli kereta import, menggantikan Perdana V6 yang dianggap sudah uzur.
Mohammad Nizar dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana kos membaiki dan menyelenggara Perdana V6 yang digunakan sekarang adalah tinggi, iaitu RM1 juta setahun disebabkan kenderaan itu sering rosak.
Timbalan Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn, berkata keputusan membeli kenderaan itu tidak wajar dan kemungkinan satu cara untuk mencari kesalahan kepemimpinan kerajaan BN. "Alasan mereka yang mengatakan kenderaan Perdana V6 sudah uzur dan memerlukan kos penyelenggaraan tinggi menunjukkan seolah-olah kerajaan terdahulu tidak bijak menggunakan kemudahan.
(tidak ada sesiapa pun yang membuat kenyataan untuk mencari kesalahan kepimpinan kerajaan BN dahulu. Kenapa? Terasa ke? Siapa makan cili dialah rasa pedasnya. Ada apa-apa yang patut kami tahu?)
"Secara tidak langsung, mereka ingin menggambarkan barisan pemimpin Exco kerajaan BN dulu menyalahguna kuasa dengan menggunakan kenderaan itu semaksimum mungkin sehingga meningkatkan kos membaiki dan penyelenggaraan. Sedangkan itu tidak benar," katanya.
(Itu cuma andaian daripada rasa bersalah awak sahaja...)
Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharuddin, berkata pembelian kenderaan luar negeri bagi urusan kerajaan negeri jelas menunjukkan sikap tidak patriotik pemimpin Pakatan.
(Tidak patriotik? Tolong beritahu perkara yang sama kepada kerajaan negeri Terenganu yang menggantikan Proton Perdana mereka dengan kereta Mercedes Benz. Takkan mereka pun tidak patriotik?)
"Sebelum ini, mereka berjanji kepada rakyat untuk terus mengamalkan sikap berjimat, tetapi tidak sampai setahun memerintah, mereka mula mengidam kemewahan lain sehingga mengetepikan janji mereka sendiri," katanya.
Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin pula berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan peruntukan pembelian kenderaan itu untuk mengukuhkan ekonomi negeri dan membantu meringankan beban kewangan rakyat.
(Yang mereka buat ni untuk mengukuhkan ekonomi negeri dan membantu meringankan beban kewangan rakyat la cik oi...berjimat jumlah wang penyelenggaraan kenderaan rasmi negeri. Tang bahagian mana yang tak faham ni?)
"Kerajaan PR hanya ingin mengambil peluang daripada kedudukan yang ada untuk menyalahgunakan wang rakyat.
"Sepatutnya, kenderaan sedia ada boleh digantikan dengan kenderaan nasional lain seperti Waja yang jauh lebih menjimatkan wang.
(Awak semua nak pakai kereta mewah, kereta besar tetapi kerajaan negeri suruh pakai Waja saja? Pegawai dan kakitangan kerajaan pun pakai Honda Civic, Accord dan Toyota Vios, Altis, nak suruh Menteri Besar dan Exco Negeri naik Waja saja? Cetek sungguh pemikiran anda. Patut la...)
"Mereka tidak perlu malu dengan kenderaan buatan negara sendiri kerana negara lain sudah mengiktiraf kereta nasional," katanya.
(Sekali lagi saya nak kata...tolong katakan benda yang sama pada kerajaan negeri Terengganu)
Jangan sampai kereta Perdana tu meletup macam berita ni...sudah.
No comments:
Post a Comment