Thursday, December 18, 2008

Ke Singapura menaiki bas untuk berjimat


Pada 18 Disember hingga 20 Disember 2008, lawatan kerja teknikal dari semua pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Yang di Pertua dan Setiausaha PBT, termasuk beberapa Pegawai Kerajaan Negeri dan Ahli Exco serta ADUN pergi melawat sambil belajar kerja ke negara Singapura. Kunjungan bertemu Pihak Berkuasa Bandaraya Singapura di susun oleh kerajaan Perak dengan kerjasama Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.

Lagi mengenainya di sini dan di sini.


Walaupun jauh dan penat, keselesaan diketepikan demi memegang prinsip untuk berjimat dan tidak menggunakan segala kemudahan dan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Namun begitu, setiap gerak geri dan langkah MB Nizar pasti akan dipandang serong dan dicerca demi memenuhi nafsu amarah orang-orang yang kehilangan kuasa.

Semoga hati-hati mereka dilimpahi hidayah Allah Taala agar dapat menerima hakikat bahawa segala ketentuan adalah milik Allah semata.

Seorang pemimpin yang bergelar Menteri Besar yang menyeru seluruh rakyat dibawah pimpinannya agar menunaikan kewajipan solat disetiap ucapan dan ceramahnya patut disanjung dan disokong agar Islam terus menjadi pemimpin bukannya dipimpin.

Berlapang dadalah menerima apa jua kehendakNya...

No comments:

Followers