dipetik daripada cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com
Kelmarin, Khamis 20 November 2008, buat kali yang pertama dalam hidup aku jejakkan kaki ke Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana sedikit urusan di pejabat Urusetia Penerangan Negeri Perak.
Alhamdulillah di kesempatan itu aku dan dua orang sahabat diizinkan bertemu MB di pejabatnya. Aku minta izin nak berjumpa 17 saat saja. Sekadar nak bersalaman dengan MB. Aku faham MB banyak tugas. Jangan bazirkan masanya.Hasrat aku tak kesampaian.
Minta izin untuk 17 saat saja tapi MB raikan kami hampir 20 minit. Sekali lagi alhamdulillah. Kami bertanya khabar MB dan dia pun bertanya khabar kami.Satu perkara yang aku perasan sangat tentang MB sepanjang 20 minit perbualan itu ialah dia kelihatan sangat uzur. Lebih kurus berbanding dulu dan nampak keletihan di wajahnya.Selepas kami beredar dari pintu bilik SU Sulit, ada makluman bahawa MB sedang disiapkan untuk dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. MB demam.
Aku pasrah pada ketentuan sihat dan sakit namun amat simpati pada kejerihan yang terpaksa dilalui oleh MB dalam menunaikan amanah yang amat besar itu. Sementelahan terdengar betapa terlalu rencam cubaan dan rintangan yang menggalang langkah MB di segenap sudut tugasannya.
Khabarnya bantuan dan sokongan dari rakan taulan amat sedikit. Ke mana perginya puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu ahli PAS Perak? Ke mana menghilang profesional PAS yang tak sedikit jumlahnya itu? Pemuda PAS yang gagah perkasa tak terperasan kah kelompongan yang berlaku?Cacamerba, memang cacamerba!
Ajijoi ~ Memang betul tu...MB bagaikan keseorangan melayari bahtera yang dilambung ombak ganas. Tambahan pula dua setiausahanya ke Mekah menunaikan ibadah haji. Tu baru kau tengok MB dah kurus sikit...kau belum tengok pembantu peribadi dia...Amran. Lagi teruk!!! Kesian le kat dia jugak.
1 comment:
salam. sebenarnya ramai yg ingin membantu, tetapi x tahu cara bagaimana nak disalurkan bantuan. MB xde msalah, org yg disekeliling, kadang2 lebih sudu dari kuah.
Post a Comment