Ibadah korban menjadi acara tahunan di Surau Al Ehsan, Rapat Setia.
Para jemaah dan kariah sekeliling bergotong-royong menjayakan acara ini dengan bersemangat sekali.
Tahun ini 9 ekor lembu dikorbankan. Seekor dikorbankan semalam untuk aqiqah, seekor lagi disedekahkan kepada Kg Tanjung, Simpang Pulai agar kariah disana dapat merasai kemeriahan ibadah korban manakala 7 ekor lagi diselenggarakan di surau. Saya adalah salah seorang peserta korban tahun ini.
Dengan kerjasama semua, sesuatu yang berat akan menjadi ringan. Inilah yang berlaku di sini.
Masing-masing telah sedia maklum akan tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, acara yang bermula jam 10.00 pagi dapat diselesaikan jam 12.30 tengahari tadi.
Setelah selesai, jamuan tengahari pun dihidang dengan masakan daging lembu yang masih segar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola Korban Surau Al-Ehsan kerana berjaya menghidupkan ibadah korban tahun ini.
3 comments:
salam..ha..gmbr teman tak de ke...hu..sdihnya...
tahniah atas gambar2 yang menarik.....tp sian kat aqil,x ada gambr le pulok...
cuba tengok betul-betul.
ada gambar aqil tu.
mulanya saya pun ingat takde, tapi bila cek balik, ada rupanya.
Post a Comment