Anak Sengat hari ini menerima kehadiran pihak pengantin perempuan bertandang kerumahnya di Kg Tersusun Sengat, Kg Kepayang, Ipoh untuk majlis perkahwinan di antara adik lelakinya Azarol Bin Othman dan pasangannya Fadhilatul Ahya Binti Md Daud.
Ramai yang hadir termasuklah Setiausaha Pas Perak, Hj Abd Rahim Ariff, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Pengantin perempuan ialah anak kedua kepada Haji Daud yang mana kendurinya semalam turut dihadiri oleh ramai saudara, sahabat dan taulan. Haji Daud berjiran (belakang rumah) dengan saya dan juga salah seorang 'orang kuat' Surau Al Ehsan.
Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan bahagia Arol & Ahya.
No comments:
Post a Comment