Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Tuesday, February 12, 2013

Najib pening Penang kata NO to BN

Tarikh luput kerajaan BN memerintah semakin hampir. Mahu tidak mahu, PRU13 perlu diadakan penghujung March ini.

Pelbagai usaha telah dibuat, berbilion ringgit telah ditabur. Namun, semua itu tidak menampakkan hasil yang dimahukan Najib dan pentadbirannya untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Memang ada benarnya kini apabila dikatakan, "Pilihanraya hidup dan mati Umno/BN".

Yang terbaru, pesta rumah terbuka sambutan raya Cina BN di Penang. Najib cuba memujuk dan meraih undi kaum Cina di Penang dengan menyajikan mereka persembahan artis terkenal Korea, PSY yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'. Dikatakan lebih RM2 juta dibayar kepada penyanyi tersebut, tetapi dinafikan Najib dengan mendakwa ada pihak yang menaja.

Lebih memalukan Najib, apatah lagi dengan laporan antarabangsa kerana kehadiran penyanyi PSY di Penang, Najib dimalukan secara terang-terangan oleh puluhan ribu yang hadir menyaksikan persembahan PSY itu. Kehadiran kebanyakan mereka dengan baju berwarna kuning, hijau dan merah sebagai tanda protes sudah semestinya memberikan signal yang terang lagi bersuluh kepada Najib.

Bagaikan protes warna baju itu tidak cukup, Najib menempah pula malapetakanya sendiri apabila berteriak sebanyak tiga kali dengan pertanyaan, "ARE YOU READY FOR PSY?", lalu dijawab hadirin dengan "YES" juga tiga kali. Laungannya itu betul-betul sebelum persembahan PSY.

Seronok Najib mendengar jeritan hadirin dengan YES itu, lalu meneruskan tiga kali pertanyaan selanjutnya, "ARE YOU READY FOR BN?", dan setiap kali itu juga hadirin menjawab "NO" dengan lantangnya. Berubah muka Najib kemalu-maluan.

(Video kejadian ini boleh ditonton dibawah.)

Sebaik saja PSY menghabiskan persembahannya yang hanya memakan masa 8 minit (dan berharga RM2 juta itu), hadirin pun bersurai tanpa menunggu lagi. Tinggallah Najib termangu sendiri.

Nyanyian beramai-ramai lagu Kong Xi Fa Cai oleh pemimpin BN dengan diketuai oleh nyanyian Rosmah sebelum itu, seolah-olah menempah jawapan "NO" hadirin selepas itu.

Najib dan Rosmah kini menjadi bahan lawak jenaka di dalam blog dan terutamanya Facebook. Sampai bila mereka mampu bertahan, dan sampai bilalah pula rakyat Malaysia mampu menahan kesabaran.







No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...