Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Sunday, February 3, 2013

BR1M 2.0 bukti kegagalan kerajaan BN

BR1M 2.0 telahpun dilancarkan semalam. Sebanyak 7.3 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 itu berbanding 4.1 juta tahun lepas.

Najib Razak dengan bangganya mengumumkan sambutan hangat yang diterima untuk skim bantuan ini dengan sejumlah RM3 bilion diagihkan.

Dikala menjelang pilihanraya umum yang bakal tiba, pemberian BR1M ini dilihat sebagai prihatinnya kerajaan hari ini terhadap kebajikan rakyatnya.

Tetapi, disatu sudut yang lain pula, ianya melambangkan kegagalan kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat negara ini setelah memerintah lebih 55 tahun.

Pendapatan sebanyak RM3 ribu diiktiraf sebagai berada di paras kemiskinan. Skala ini juga digunapakai sebagai penanda aras dalam pemberian BR1M ini.

Sebanyak 7.3 juta rakyat Malaysia yang berada dibawah paras kemiskinan, bagaimana kerajaan boleh berbangga dengan pemberian BR1M yang bernilai RM3 bilion ini?

Tambahan pula peningkatan penerima bantuan meningkat 3.2 juta tahun ini berbanding tahun lepas.

Apa sudah jadi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

Rakyat Malaysia memang masih ketinggalan dari segi pendapatan berbanding rakyat negara jiran.

Ramai yang akan bersetuju jika dikatakan kerajaan BN hanya berjaya meningkatkan taraf kehidupan pemimpin dan kroni-kroni mereka dan membiarkan rakyat berada di bawah paras kemiskinan agar senang diberikan umpan setiap kali pilihanraya menjelang.

Kini rakyat terbahagi kepada dua. Satu pihak yang berada di atas paras kemiskinan akan dikenakan cukai pendapatan dan wang daripada cukai tersebut akan digunakan kerajaan untuk memberi BR1M kepada pihak satu lagi yang berada dibawah paras kemiskinan.

Anda telah mendapatkan BR1M 2.0 anda?

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...