Thursday, February 14, 2013

Cubaan ganggu ceramah DS Anwar di Pengkalan Pegoh gagal


IPOH (13.2.13): Ceramah Demi Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Perak dengan tetamu istimewanya, DS Anwar Ibrahim di Kg Pengkalan Pegoh, Ipoh tetap berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat cubaan untuk mengganggunya.

Tapak asal ceramah tersebut telahpun diambil alih oleh pihak Umno Gopeng dengan didirikan khemah mereka terlebih dahulu. 

Penceramah yang didatangkan Umno Gopeng adalah Umi Hafilda yang dikatakan akan 'berdebat' dengan DS Anwar Ibrahim.

Pihak penganjur Ceramah Demi Rakyat dengan kerjasama tuan rumah, Pas Cawangan Pengkalan Pegoh telah mengubah lokasi ceramah tersebut demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam yang ramai hadir ke ceramah itu.

Sungguhpun hampir 10 buah bas yang digunakan untuk mengangkut makcik-makcik daripada seluruh kampung di dalam Dun Sg Rapat untuk meramaikan ceramah Umi Hafilda, ditambah pula dengan deruman puluhan buah motosikal yang digunakan untuk mengganggu tapak ceramah Demi Rakyat itu, namun ianya sedikit pun tidak mengganggu kelangsungan ceramah PR itu.

Kegagalan pihak Umno Gopeng serta Adun Sg Rapat untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sedari dulu lagi seakan tidak memberi pelajaran dan mematangkan mereka dalam menyulusuri langkah-langkah untuk berada di dalam landasan politik bertamadun.


DS Anwar Ibrahim yang penuh jadualnya semalam menjelajah ke seluruh negeri Perak tiba seawal jam 9.30 malam ke tapak ceramah, kerana ada satu lagi ceramah yang akan beliau sampaikan di Padang Rengas.





Lagi laporan dan gambar-gambar ceramah akan dimuatkan nanti......(Video ceramah DS Anwar boleh diikuti dientry sebelum ini)

No comments:

Followers