Friday, February 1, 2013

David Beckham sertai PSG, main free

David Beckham bukanlah satu nama yang asing dalam dunia bolasepak. Popularitinya melebihi artis terhebat masakini.

Bintang yang pernah bersinar di kelab Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy ini kini menandatangani pula perjanjian dengan sebuah kelab Perancis, PSG (Paris Saint Germain) selama 5 bulan dengan harga yang tidak dinyatakan secara umum.

Yang menariknya mengenai perkembangan terkini pemain berumur 37 tahun ini adalah seluruh gajinya akan didermakan kepada rumah amal untuk kanak-kanak.

Tidak pula dinamakan rumah amal untuk kanak-kanak tersebut tetapi ianya terletak di Paris.

Ini bermakna, selama 5 bulan ini nanti, David Beckham akan bermain bolasepak secara percuma. Bukanlah bermakna kelab PSG tidak perlu mengeluarkan pembayaran untuk khidmat Beckham itu, tetapi pembayaran tersebut akan disalurkan kepada rumah amal untuk kanak-kanak di Paris.

Siapa yang tidak tahu akan kekayaan David Beckham yang diperolehinya selama beliau menceburi bidang bolasepak dengan bakat yang beliau ada.

Tetapi, untuk bermain secara percuma dengan seluruh gaji disumbangkan kepada rumah amal, bukanlah calang-calang orang yang dapat berbuat begitu.

Jika kitalah yang memperolehi kurniaan sepertimana yang diterima David Beckham itu, adakah kita sanggup untuk main free demi membantu orang lain?

Di zaman serba maju dan moden ini, sifat tamak haloba dan cinta dunia telah menguasai seluruh kehidupan manusia.

Sekurang-kurangnya, kontrak terbaru David Beckham ini berjaya membuka mata dan hati, serta membuatkan dunia seketika terhenti, bahawa wang ringgit dan kemewahan yang diperolehi melalui rezeki yang dikurniakan Allah buat kita itu, perlulah dikongsi bersama dengan insan-insan lain yang kurang bernasib baik sepertimana kita.

Semoga kita berterusan dalam membantu insan lain dengan rezeki yang kita perolehi, Allah-lah sahaja yang mampu membalas segala jasabaik yang kita kerjakan. Amin.



No comments:

Followers