Friday, February 15, 2013

Parlimen dibubar esok, 16 Februari?

Terdapat sumber terkini yang mengatakan bahawa parlimen akan dibubarkan esok, 16 Februari, seminggu awal daripada tarikh yang dihebohkan melalui laman-laman sosial sebelum ini.

Menurut hebahan terdahulu yang mengatakan mendapat sumber daripada PWTC, tarikh pembubaran parlimen adalah pada 22 Februari, penamaan calon pada 16 Mac dan tarikh pembuangan undi pada 30 Mac.

Jika benarlah maklumat terkini yang mengatakan parlimen akan dibubar esok, ini bermakna, semua tarikh yang disebut-sebut sebelum ini akan dienjakkan seminggu terkehadapan.

Walau apa sekalipun dan bilapun tarikh pilihanraya yang akan diumumkan nanti, semuanya bergantung kepada keberanian pentadbiran Najib Razak serta BN untuk memulangkan mandat memilih kepimpinan negara kembali kepada rakyat.

Sehingga menanti keberanian mereka itu tumbuh, segala-galanya boleh berlaku dengan ketentuan dan kehendakNya jua.

Wallahuaklam.

No comments:

Followers