Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Thursday, February 14, 2013

Gambar-gambar Ceramah Demi Rakyat di Kg Pengkalan Pegoh, Ipoh 13.2.13

Cantik sungguh pentas yang dibina untuk ceramah demi rakyat. Lebih cantik dilokasinya yang baru berbanding padang bola yang diambil mereka disebelah sana

IPOH (13.2.13): Program Ceramah Demi Rakyat Pakatan Rakyat di Kg Pengkalan Pegoh, Ipoh berjalan dengan jayanya. Kehadiran orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah daripada pimpinan Pakatan Rakyat Perak bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, DS Anwar Ibrahim amat membanggakan biarpun terdapat usaha untuk menghalang dan mengganggu program tersebut.

Khairul Azman bertindak selaku pengacara majlis

Bacaan doa 

Ucapan aluan oleh Sdr Anuar Ibrahim, Ketua Cawangan Pas Pengkalan Pegoh

Ucapan pembukaan oleh Dr Nor Manuty, Ketua PKR Perak sebelum beliau bertolak ke Padang Rengas pula untuk berceramah di sana

Ceramah oleh YB Sivakumar Adun Tronoh

Orang ramai telah memenuhi kawasan ceramah walaupun ceramah baru sahaja bermula. Kehadiran masih bertali arus ketika ini

Bakal calon Pas di Dun Sg Rapat, Sdr Radzi Zainon menyampaikan ceramahnya

Wajah yang amat digeruni oleh pimpinan Umno 

DS Anwar Ibrahim duduk bersila di atas jalan bersama rakyat yang sedang mendengar ceramah 

Berpelukan apabila bertemu dengan DS Nizar Jamaludin sambil diperhatikan oleh YB Chang Lih Kang Adun Teja


DS Anwar Ibrahim memulakan ceramahnya kerana selepas ini beliau akan ke Padang Rengas pula untuk berceramah


Isi ceramah sepenuhnya boleh diikuti pada video dientri sebelum ini


Setelah DS Anwar Ibrahim selesai berceramah dan bergegas ke Padang Rengas, tiba giliran YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng pula menyampaikan ceramahnya

Penceramah terakhir pada malam ini adalah DS Nizar Jamaluddin

Video isi ceramah beliau sepenuhnya boleh diikuti dientri sebelum ini

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...